Soal Jawab Ramadhan dan Puasa

soal jawab ramadhan

Berikut ialah kompilasi soal jawab Ramadhan.

Setiap kali Ramadhan tiba pasti akan ada beberapa persoalan yang timbul berkaitan ibadat puasa, solat tarawih, solat witir, dan perkara yang membatalkan puasa.

niat puasa ramadhan

Niat puasa boleh dilakukan selepas masuk waktu maghrib hingga ke sebelum
waktu subuh keesokan harinya sebelum berpuasa.

Untuk pemahaman lebih jelas, boleh baca artikel ini.

Solat terawih adalah sangat digalakkan pada malam-malam Ramadan. Ia adalah ibadat khusus di dalam bulan Ramadan, dan tidak dilakukan pada bulan-bulan lain.

Masanya adalah setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Namun, boleh dikerjakan bersendirian juga.

Solat terawih boleh dilaksanakan sebanyak 8 rakaar, 20 rakaat atau 36 rakaat, setiap 2 rakaat dengan satu salam. Cara menunaikannya adalah sama seperti solat sunat biasa (seperti sunat qabliyah (sebelum) atau ba’diyah (selepas) bagi solat fardhu lima waktu).

Witir bermakna angka yang ganjil. Solat witir boleh dikerjakan pada tiap-tiap
malam dan yang lebih afdal adalah pada bulan Ramadan, samada bersendirian
atau berjemaah. Solat ini dikerjakan sekurang-kurangnya 1 rakaat dan boleh
dikerjakan 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat dan sebanyak 11 rakaat.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

يا أهلَ القرآنِ ! أَوْتِرُوا ، فإنَّ اللهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الوِتْرَ 

“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”

(Riwayatkan oleh Abu Dawud , al-Tirmidzi dan Hakim)

Thalq Ibn Ali berkata,

“Tiada dua witir dalam satu malam.”

[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

Sekiranya seseorang itu telah menunaikan solat witir sebanyak 3 rakaat selepas terawih dan kemudian bangun di waktu malam menunaikan solat tahajjud, ia boleh menunaikan solat witir sebagai penambahan bagi 3 rakaat yang dilaksanakan selepas terawih.

Caranya adalah dengan hanya bersolat 2, 4, 6, atau 8 rakaat dengan niat “Sahaja aku dirikan 2 rakaat dari solat sunat witir kerana Allah ta’ala.” Dengan demikian, ia tidak dikira mendirikan 2 witir pada satu malam.

Solat tahajjud dianjurkan selepas tidur di waktu malam dan sebelum tiba waktu subuh. Ia boleh dilakukan sebanyak dua rakaat atau lebih, dipisahkan dengan 1 salam setiap selesai 2 rakaat.

Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 19 yang bermaksud: “Pada sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan.”

Iktikaf ertinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan niat beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.

Hukumnya sunat dan istimewa pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Sayidatina Aisyah R.A meriwayatkan yang maksudnya: “Adalah Rasulullah S.A.W melakukan iktikaf sesudah tanggal 20 Ramadan. Hal ini menjadi amalan Baginda hingga Baginda wafat.”

Jika anda membatalkan puasa anda tanpa sebarang keuzuran, anda dikira berdosa kerana telah melanggar salah satu rukun Islam. Anda perlu bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Anda juga harus mengqadha’ puasa yang anda tinggalkan itu.

Perkara ini berlaku khilaf dalam kalangan ulama. Kami cenderung kepada pendapat bahawa seseorang yang berpuasa itu hendaklah dia berhenti makan dan tidak menelan makanan yang berada di dalam mulutnya sewaktu azan subuh berkumandang. Jika tetap menelannya, maka batallah puasanya. Ini berdasarkan firman Allah:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.

(Surah al-Baqarah, 2:187)

Dalam perintah Allah S.W.T mensyariatkan ibadat puasa bulan Ramadan, Allah S.W.T telah memberikan kelonggaran khas bagi sesiapa yang berada di dalam pelayaran (bermusafir) supaya tidak berpuasa dan hanya menunaikan puasa selepas Ramadan (puasa qadha’).

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam pelayaran (bermusafir), (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.”

Oleh itu, seseorang yang bermusafir biasanya menghadapi kesukaran, maka diberikan kelonggaran oleh Allah S.W.T dan dikecualikan dari kewajipan berpuasa di dalam Ramadan.

Wanita yang hamil boleh berpuasa jika ia mampu berbuat demikian. Sekiranya ia tidak mampu, ia boleh berbuka. Jika beliau tidak berpuasa kerana khuatir akan keadaan dirinya sahaja, maka beliau wajib qadha’ puasa sahaja. Jika beliau bimbang tentang keadaan anak di dalam kandungannya sahaja, maka beliau wajib qadha’ dan juga membayar fidyah bagi hari tersebut.

Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa wanita-wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa pada bulan Ramadan, tetapi wajib mengqadha’kannya pada hari yang lain. Tidak berdosa wanita yang datang haid membuka puasanya dan hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain sebanyak mana puasa yang ditinggalkan itu.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah R.A bermaksud: “Kami tidak diperintahkan menggantikan sembahyang.” (Riwayat Imam Al- Bukhari).

Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk mengikut keadaan semula jadi yang dicipta Allah S.W.T bagi wanita.

Namun, sekiranya wanita itu hendak memakan ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang di dalam bulan Ramadan, hukumnya tidak mengapa dengan syarat ubat itu tidak memudharatkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat pakar, atau nasihat doktor mengenai kegunaan ubat itu.

Boleh rujuk artikel ini.

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.

Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya

Sah puasa

Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

Tidak sah puasanya.

Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa.

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali

Termakan atau terminum dengan terlupa tidak membatalkan puasa. Seseorang yang telah melakukan demikian dengan tidak sengaja hendaklah menyempurnakan puasanya. Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang makan dan minum kerana terlupa pada bulan Ramadan, hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Makan dan minum itu adalah pemberian Allah.” Dan diriwayatkan oleh Imam Ad-Daruqutni dengan sanad yang sahih: “Ia dianggap rezeki daripada Allah. Allah memberinya minum. Tidak perlu dia mengqadha’ puasanya.

Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha’. Imam As-Syafi’I (di dalam kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab “setiap amalan dengan niatnya” bahawa: hendaklah dibezakan ibarat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha’ dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan, atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qadha’ di dalam bulan Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat tersebut) mengikut pendapat sebahagian Ulama’.

Menggunakan minyak wangi pada bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.

Menggosok gigi tidak membatalkan puasa, selagi ubat gigi atau air tidak melalui tekak kerana berlebihan atau sengaja.

Ketika berpuasa, kita disarankan untuk tidak menggosok gigi atau berkumur secara berlebihan.

Sekiranya seseorang menggosok gigi atau berkumur secukupnya dan tidak berlebihan, puasanya tetap sah walaupun air masuk ke tekaknya secara tidak sengaja. Sama juga dengan habuk atau zarah-zarah kecil yang masuk ke tekak tanpa sengaja.

Jika anda ingin menggosok gigi, anda boleh melakukannya pada waktu pagi sebelum Subuh atau selepas Maghrib.

Mendengar muzik atau menonton TV tidak membatalkan puasa.

Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh menahan diri dari aktiviti-aktiviti hiburan terutamanya yang melibatkan kandungan yang tidak sesuai ditonton.

Wallahua’lam

sumber – mywilayah, muslimsg

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini