Cara Solat Tahajjud Mudah Dan Ringkas

Izuan
solat tahajjud

Solat Tahajjud tidak dapat dinafikan adalah antara solat sunat yang amat dituntut. Bagaimanakah cara solat tahajjud yang sebenar?

Berkenaan dengan solat tahajjud, Allah S.W.T berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Surah al-Isra’ (79)

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Persediaan sebelum Tahajjud – Adab Bangun Tidur

Cara Solat Tahajjud

1. Bilangan Rakaat

Tiada bilangan rakaat yang khusus untuk solat Tahajjud, tetapi terdapat hadis sahih berkenaan bilangan rakaat solat malam Rasulullah SAW, iaitu 11 rakaat.


Daripada Abu Salamah RA, beliau bertanya Aisyah RA: Bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada bulan Ramadhan? Maka Aisyah RA berkata:

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi 11 rakaat samada pada Ramadhan atau selain daripadanya (Ramadhan). Baginda SAW bersolat 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Kemudian, Baginda SAW solat lagi 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Setelah itu, Baginda SAW solat 3 rakaat”. [Riwayat al-Bukhari (1147) (2013) (3569) dan Muslim (738)]

2. Doa Sebelum Tahajjud

doa sebelum tahajjud

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

3. Niat Solat Tahajjud

niat solat tahajjud

4. Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah

Tiada bacaan surah yang khusus, tetapi digalakkan membaca,

Rakaat pertama : Ayatul Kursi atau Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas

5. Sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

image 2

6. Doa Selepas Salam Tahajjud

image 5

Doa ini juga dianjurkan dibaca ketika ingin pergi ke masjid.

7. Doa Solat Sunat Tahajjud

c5f53c08adfe81cfc5e2802e48aa6f9a

Maksudnya

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam!

Kesimpulan

Solat Tahajjud merupakan satu ibadat yang amat besar ganjarannya. Kita hendaklah sentiasa berniat untuk melakukannya pada setiap malam, kerana tidakkah malu kita kepada Baginda SAW yang telah dijanjikan syurga tapi tetap beribadah di malam hari sehinggakan bengkak kakinya kerana lamanya berdiri ketika solat.

Dari Mughirah bin Syu’bah, bahwasannya Nabi saw. melaksanakan shalat hingga kedua mata kakinya bengkak. Lalu dikatakan kepadanya, “Mengapa engkau membebani dirimu, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang?” Beliau menjawab, “Bukankah seharusnya aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?.” (HR. Muslim).

Wallahua’lam

sumber – muftiwp, shafiqolbu, republika

Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Cara Solat Tahajjud […]

1 year ago

[…] Cara Solat Tahajud […]