9 Kelebihan Solat Tahajjud, Muka Tenang dan Berseri-seri

kelebihan solat tahajjud

Sesungguhnya kelebihan solat tahajjud amatlah banyak, siapa yang meninggalkannya memang rugi besar.

1. Solat Sunat Yang Paling Afdal Setelah Solat Fardu

Bersabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: “Seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunnat di waktu malam” ( HR. Muslim )

2. Dijanjikan Syurga

Sahabat Abdullah bin Salam mengatakan, bahwa Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya: “Hai sekalian manusia, sebar-luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.”(HR Tirmidzi)

3. Diangkat Darjat ke tempat yang tinggi

Berkenaan dengan solat tahajjud, Allah S.W.T berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Surah al-Isra’ (79)

4. Dihindarkan Dari Penyakit

Dari Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW pernah bersabda;

Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

5. Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah

Kadang-kadang bila kita tengok wajah-wajah orang yang rajin beribadah, pasti nampak berseri dan penuh ketenangan. Sekali tengok kita pun rasa tenang, dan bahagia, sejuk mata memandang.

Artikel lain – Pakaian Terbaik Adalah Takwa

6. Dikasihi oleh Manusia

Mereka yang istiqamah solat tahajjud ialah golongan yang mencari cinta Allah. Bilamana Allah telah cinta pada hambanya, maka makhluk-makhluk lain pun akan turut mencintainya.

7. Percakapan dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah

Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah. Betapa hebatnya kelebihan solat tahajjud.

Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

8. Dimurahkan Rezeki

Sesungguhnya ahli Tahajjud tergolong di kalangan orang-orang bertakwa. Jom lihat kelebihan orang bertakwa.

Dalam Surah At-Talaq, ayat 2-3:

وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مَخْرَجًا

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,

وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ

Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.

9. Dibangkitkan Dari Kubur Dengan Wajah Berseri-seri

Wallahua’lam

sumber – merdeka, infopelajar2u

2 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
7 months ago

[…] Jangan tinggal setiap malam, paling kurang 2 rakaat. Untuk membaca tentang kelebihan solat Tahajjud, klik link ini. […]

5 months ago

[…] Kelebihan Solat Tahajud […]