7 Perkara Yang Batal Puasa

Izuan
batal puasa

Apa yang menyebabkan batal puasa seseorang?

Perkara yang menyebabkan batal puasa:

1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.

2) Sengaja memasukkan sesuatu ke rongga badan yang terbuka(telinga, hidung, qubul dan dubur); sama ada berupa minuman dan makanan ataupun sebaliknya. Ini termasuklah dengan perbuatan seperti ini: Menghisap tembakau; candu atau rokok atau dadah dan lain-lain lagi. Dan menghisap melalui hidung.

3) Muntah dengan sengaja

4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.

5) Melancap atau onani. Yakni mengeluarkan air mani dengan sengaja.

6) Datang darah haid atau nifas.

7) Gila dan murtad.

Soal Jawab Berkaitan Puasa

Hukum mimpi sehingga keluar air mani adakah batal puasa?

Tidak akan terbatal puasa seseorang jika berhadas besar yang disebabkan oleh mimpi. Puasa boleh diteruskan bagi orang yang berhadas tersebut. Individu itu hanyalah perlu mandi junub.

Betulkah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung boleh membatalkan puasa?

Ketika berwuduk; perbuatan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung adalah sunat. Tetapi hendaklah berkumur dan memasukkan hidung dengan air secara ala kadar dan tidak berlebihan bagi orang yang berpuasa. Namun sekiranya walaupun telah dibuat berkumur secara tidak berlebihan tetapi tetap jua air masuk ke kerongkong; puasanya tetap sah. Keadaan seperti debu jalanan atau debu tepung yang termasuk ke dalam kerongkong; juga akan sah puasanya. Ini semua kerana perbuatan ini tidak sengaja. Tetapi jika buat secara berlebihan sehingga masuk ke kerongkong; dan jika keadaan ini berlaku; maka puasa akan batal.

Bolehkah melakukan sukan renang ketika berpuasa?

Berenang boleh menyebabkan hidung; telinga dimasuki air oleh perenang. Jika badan dimasuki air dengan cara sedemikian; maka batal puasanya. Dengan demikian; sebagai saranan dan langkah berjaga-jaga; dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti renang pada siang hari puasa supaya puasanya dapat dijaga.

Hukum menggunakan inhaler ketika puasa?

Ia dibolehkan syarak kerana ia berkaitan dengan kesulitan dan kesukaran pesakit untuk bernafas. Oleh yang demikian; penggunaan inhaler untuk keadaan darurat bagi pesakir adalah tidak akan terbatal puasanya

Adakah batal puasa jika menyuntik “insulin”

Bagi pesakit kencing manis; suntikan insulin tidak akan menyebabkan puasa batal. Ini kerana suntikan bukan melalui rongga yang terbuka. Ia juga tidak akan memberikan kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit kencing manis.

Adakah ketika berpuasa saya boleh derma darah

Derma darah adalah dibolehkan jika dalam kuantiti sederhana dan tidak akan terbatal puasa. Namun; pendermaan dalam kuantiti terlalu banyak hingga menyebabkan tubuh badan menjadi lemah; hingga menjejaskan untuk berpuasa dengan lancar dan baik; ia tidak disarankan kepada umat Islam.

Wallahua’lam

rujukan – ipuasa, muftiwp

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini