Sunat Muakkad adalah merujuk kepada perkara sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak meninggalkannya.
Ia juga dapat dipahami sebagai suatu amalan yang sangat dianjurkan untuk dikerjakan karena tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Hanya sekali atau dua kali saja beliau meninggalkannya untuk menunjukkan kepada umatnya bahwa ibadah tersebut tidaklah wajib.
Baginda Nabi Muhammad SAW pernah mengadu tentang pendeknya umur umatnya jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu.
Sifat pengasih Allah Taala telah mengurniakan ganjaran besar yang menyamai umat terdahulu walaupun sedikit amalan yang dilakukan.
Sunat ghoiru muakkad pula ialah amalan sunnah yang turut mendapat pahala jika melakukannya tapi tidak dituntut seperti sunnah muakkad.
Isi Kandungan
Contoh Sunat Muakkad
1. Solat Rawatib
Solat rawatib merupakan solat sunat yang dilaksanakan sebelum atau selepas solat fardu.
2. Solat Sunat Malam
Adapun sholat malam yang hukum melaksanakannya adalah sunat muakkad, yaitu:
- Solat Witir
- Solat Tahajud
- Solat Tarawih di bulan Ramadhan
3. Solat Tahiyatul Masjid
Solat 2 rakaat yang dilakukan ketika memasuki masjid sebelum duduk. Solat Tahiyatul Masjid dilakukan sebagai menghormati masjid.
4. Solat Dhuha
Solat Dhuha dilakukan di pagi hari, sehingga beberapa minit sebelum waktu Zuhur
5. Qunut Solat Subuh
Dalam Mazhab Syafie, Qunut Subuh hukumnya sunat, bukan wajib. Imam An-Nawawi dalam Al-Azkaar mengatakan, “Ketahuilah bahawa berqunut pada waktu Subuh itu adalah disyariatkan menurut pendapat kami. Ia adalah sunat yang dituntut (sunat muakad).
Hukum Meninggalkan Sunat Muakkad
Meninggalkan sesuatu ibadah sunat yang dituntut (sunat muaakkad) adalah satu perbuatan yang tidak berdosa namun selayaknya dicela kerana sengaja meninggalkan perintah daripada Nabi SAW.
Jika mempunyai alasan tidak mengapa, tetapi jika sengaja dan berterusan, dikira makruh.
Wallahua’lam
sumber – khairulidham, tzkrh
[…] melakukan solat gerhana sama ada gerhana matahari atau gerhana bulan adalah sunat muakkad yang bermaksud sunat yang sangat dituntut mengerjakannya dan sangat besar pula […]
[…] bagi melaksanakan solat gerhana ini sama ada gerhana matahari atau gerhana bulan adalah sunat muakkad yang mana ia bermaksud sunat yang sangat dituntut dalam mengerjakannya dan besar […]