Sunat Ab’ad dan Sunat Haiat

Izuan
sunat ab'ad

Apa maksud Sunat Ab’ad dan apa maksud Sunat Haiat?

Jom kita belajar sama-sama.

Takrif Sunat Ab’ad

Ab’ad berasal daripada perkataan ba’ad (بعض) yang bermaksud sebahagian atau setengah.

Sunat ab’adh adalah perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan melakukan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.

Sunnah ab’adh mengandungi tujuh perkara iaitu:

  1. Tahiyat awal (pertama)
  2. Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat / tasyahud awal
  4. Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
  5. Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut
  6. Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut
  7. Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.

Cara selawat ke atas nabi ringkas dan lengkap :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa’ala aali Muhammad

Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Hukum meninggalkan sunat ab’ad tidaklah sampai membatalkan solat, solat masih sah selagi mana rukun-rukun solat dilakukan dengan sempurna.

Takrif Sunat Haiat

Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, tidak perlu dilakukan sujud sahwi.

Sunnah haiat mengandungi 11 perkara iaitu:

1. Mengangkat tangan ketika takbir

2. Membaca doa iftitah

3. Membaca A’uzubillah (Taawuz)

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

4. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah.

Baca kuat pada solat Subuh, Maghrib dan Isya, baca perlahan pada solat Zohor dan Asar

5. Membaca “Amin” selepas al-Fatihah.

6. Membaca mana-mana surah Al-Quran selepas al-Fatihah

7. Membaca takbir ketika rukuk.

8. Membaca tasbih semasa rukuk dan sujud

Tasbih semasa ruku’

image 26
Subhana rabbial azimi wa bihamdih

Tasbih semasa sujud

image 27
Subhana rabbial a’la wa bihamdih

9. Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.

10. Duduk Tawarruk semasa tahiyyat akhir.

11. Memberi salam yang kedua.

Hikmah sunat ab’ad dan sunat haiat ialah supaya kita dapat meraih pahala yang lebih ketika solat, dan menyempurnakan solat kita seperti solat Nabi Muhammad SAW

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini