Apa Maksud Sunat Muakkad

Sunat Muakkad adalah merujuk kepada perkara sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak meninggalkannya.
Ia juga dapat dipahami sebagai suatu amalan yang sangat dianjurkan untuk dikerjakan karena tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Hanya sekali atau dua kali saja beliau meninggalkannya untuk menunjukkan kepada umatnya bahwa ibadah tersebut tidaklah wajib.
Baginda Nabi Muhammad SAW pernah mengadu tentang pendeknya umur umatnya jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu.
Sifat pengasih Allah Taala telah mengurniakan ganjaran besar yang menyamai umat terdahulu walaupun sedikit amalan yang dilakukan.
Sunat ghoiru muakkad pula ialah amalan sunnah yang turut mendapat pahala jika melakukannya tapi tidak dituntut seperti sunnah muakkad.
Contoh Ibadah Sunat Muakkad
1. Solat Rawatib
Solat rawatib merupakan solat sunat yang dilaksanakan sebelum atau selepas solat fardu.
2. Solat Sunnah Malam
Adapun sholat malam yang hukum melaksanakannya adalah sunat muakkad, yaitu:
- Solat Witir
- Solat Tahajud
- Solat Tarawih di bulan Ramadhan
3. Solat Tahiyatul Masjid
Solat 2 rakaat yang dilakukan ketika memasuki masjid sebelum duduk. Solat Tahiyatul Masjid dilakukan sebagai menghormati masjid.
4. Solat Dhuha
Solat Dhuha dilakukan di pagi hari, sehingga beberapa minit sebelum waktu Zuhur
Wallahua’lam
sumber – khairulidham, tzkrh