Cara Solat Rawatib berserta Niat(Qabliyah dan Ba’diyah)

Izuan
solat rawatib

Apakah yang dimaksudkan dengan Solat Rawatib?

Pengenalan solat rawatib

Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun sesudah solat fardhu lima waktu. Hikmah pensyariatannya ialah bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardhu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca. (Rujuk Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 1/413-414)

Solat rawatib sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala sembahyang rawatib yang setelah solat fardhu pula dikenali sebagai solat ba’diyah.

Ia juga terbahagi kepada mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan)

Berapa rakaat?

Adapun tentang jumlah rakaat solat rawatib yang mu’akkad, telah tsabit hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah R.’Anha yang menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.

MaksudnyaTidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.

Sahih Muslim (728)

Ada dua pendapat:

12 Rakaat

Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

Sunan Tirmidzi (380) dan Sunan Ibn Majah (1196)

10 Rakaat

Melalui riwayat Ibnu ‘Umar R.A pula menunjukkan jumlah rakaat solat rawatib adalah sepuluh.

MaksudnyaAku telah menghafal (menjaga) dari Nabi SAW tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

Sahih al-Bukhari (1180)

Para ulama Syafi’iyyah umumnya telah memilih pandangan bahawa bilangan rakaat rawatib yang mu’akkad ialah sebanyak 10 rakaat.

Solat sunat maghrib sebelum atau selepas? Jawapannya ialah selepas, yang sebelum itu dikira solat sunat mutlak.

Maka kita simpulkan di sini solat-solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah:

  1. Dua rakaat sebelum Subuh
  2. Dua atau empat rakaat sebelum Zohor
  3. Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor
  4. Dua rakaat selepas Maghrib
  5. Dua rakaat selepas solat Isya’

Niat Solat Sunat Rawatib Rumi Arab

Solat Sunat Sebelum Subuh

This image has an empty alt attribute; its file name is image-5.png
Usolli sunnatas subhi rak’ataini lillahi ta’ala

Solat Sunat Sebelum Zohor

This image has an empty alt attribute; its file name is image-7.png
Usolli sunnatas zuhri rak’ataini kobliatan lillahi ta’ala

Solat Sunat Selepas Zohor

This image has an empty alt attribute; its file name is image-8.png
Usolli sunnatas zuhri rak’ataini ba’diatan lillahi ta’ala

Solat Sunat Sebelum Asar

This image has an empty alt attribute; its file name is image-9.png
Usolli sunnatal asri rak’ataini lillahi ta’ala

Solat Sunat Selepas Maghrib

This image has an empty alt attribute; its file name is image-10.png
Usolli sunnatal maghribi rak’ataini ba’diatan lillahi ta’ala

Solat Sunat Selepas Isyak

This image has an empty alt attribute; its file name is image-11.png
Usolli sunnatal i’syai’ rak’ataini ba’diatan lillahi ta’ala

Bacaan solat rawatib sama sahaja seperti solat sunat yang lain, dimulakan dengan niat, angkat takbir, baca al-fatihah, baca surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud sehingga salam.

Wallahua’lam

Sumber :

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar. Ini kerana, padanya terdapat banyak […]