Cara Solat Dhuha Mudah dan Ringkas

Izuan

Jom belajar cara solat dhuha yang mudah dan ringkas, supaya kita dapat istiqamah melakukannya setiap hari.

Bila Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekiranya cuaca hujan, atau mendung, adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Lafaz Niat Solat Dhuha

niat solat dhuha

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i.  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii.  Al-Lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i.  Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii.  Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

image 3
Bacaan sujud terakhir dhuha

Selepas memberi salam bertasbihlah 10x:

image 2

Bacaan Doa Solat Dhuha

doa solat dhuha
Bacaan selepas solat dhuha

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka, Walbahaa’a bahaa uka, Waljamaala jamaaluka, Walquwwata Quwatuka, Walqudrota Qudrotuka, Wal’ismata ‘ismatuka, Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu, Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu, Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu, Wa’in kaana harooman fathohhirhu, Wa’inkaana ba’idan faqorribhu, Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin

Inilah serba sedikit tentang cara solat dhuha yang mudah, selamat beramal !

Wallahua’lam

sumber – shafiqolbu

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] itu jika ada masa lapang, boleh teruskan dengan solat Dhuha pula. Solat Dhuha merupakan satu amalan yang bagus untuk menjemput rahmat Allah agar urusan harian […]