Surah An-Nas Maksud, Teks, Rumi

Izuan
maksud surah an-nas

Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (diturunkan sebelum hijrah).

Nama ‘An-Nas’  yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.

Transliterasi Surah An Nas

qul a‘ūżu birabbin-nās (1)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

malikin-nās (2)

Yang Menguasai sekalian manusia,

ilāhin-nās (3)

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

min syarril-waswāsil-khannās (4)

Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, –

allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās (5)

Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, –

minal jinnati wan-nās (6)

(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Asbabun Nuzul Surah An-Nas

Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafik telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda).

Maka, malaikat Jibril turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)

Surah Annas dan maksud Bahasa Inggeris

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini