9 Ciri Fizikal Rasulullah SAW

fizikal rasulullah

Jom belajar tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah SAW yang disebut dalam kitab Syamail Muhammadiyah yang dikarang oleh Imam Tirmidzi.

Siapa cintakan Rasulullah SAW? Pasti ramai yang mengaku cintakan nabi, tapi adakah kita kenal bagaimana sosok seorang lelaki bernama Rasulullah SAW. Insan yang dijanjikan syurga dan paling mulia, kekasih Allah SWT.

Ini antara ciri-ciri fizikal Rasulullah SAW:

1. Tinggi

Tingginya sederhana mengikut keadaan orang Arab pada masa itu. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah

2. Rambut Rasulullah

Tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus. Mungkin istilahnya ialah rambut ikal mayang jika kita cuba bayangkan sesuai dengan budaya Melayu. Panjangya pula kadang-kadang mencecah sehingga paras bahu.

3. Bentuk Wajah

Wajahnya tidak terlalu bulat dan tidak terlalu cengkung, sangat indah dilihat.

4. Kulitnya

Kulitnya putih kemerah-merahan. Kita dapat lihat pada keturunan Nabi yang ada pada zaman sekarang, mereka secara umumnya berkulit cerah.

5. Matanya

Anak matanya hitam dan bulu matanya lentik.

6. Hidungnya

Hidungnya mancung

7. Bahu dan Dada

Bahunya lebar dan dadanya bidang dan berbulu lebat

8. Tapak tangan dan kaki

Tapak tangan dan kakinya tebal. Biasanya kita dapat lihat orang yang bekerja keras dan terlibat dengan aktiviti lasak mempunyai tapak tangan yang tebal.

9. Uban

Uban di kepala dan janggutnya jika dicampur tidak melebihi 20 helai.

Semoga kita dapat menghafal ciri fizikal Rasulullah SAW sebagai tanda cinta kepda Baginda SAW.

Wallahua’lam

sumber – Syamail Muhammadiyah

3 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini