7 Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Izuan
sunnah hari raya

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang istimewa untuk semua umat Islam. Korang tahu tak apa antara sunnah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha?

Jom belajar cara menyambut hari raya sesuai dengan sunnah.

1) Mandi Sunat Hari Raya

Ulama besar Tabi’in Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

2) Menjamah Makanan Sebelum Keluar

Berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya aidilfitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

3) Memperbanyakkan Takbir

takbir raya
Takbir Raya

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan takbir raya sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Ucapan Hari Raya Menurut Sunnah Rasul

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Hadis hari raya, disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” (Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446)

5) Memakai Pakaian Baru dan Terbaik

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Pergi Jalan Lain, Balik Jalan Lain Ketika Pergi Solat Raya

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan Bersilaturrahim

Nabi SAW bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Wallahua’lam

sumber – zaharuddin.net

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini