7 Jenis Kurma Yang Popular, Ramadan dah dekat ni.

Izuan
jenis kurma

Bulan Ramadan dah semakin hampir. Kurma ada banyak jenis, lain kurma lain tekstur dan rasanya, ni antara jenis-jenis kurma yang popular di kalangan masyarakat kita.

1. Kurma Ajwa

manfaat kurma ajwa

Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma Nabi ini berharga antara RM120-RM170 sekilogram.

Harga yang berbeza ini adalah berdasarkan kepada kualiti yang ada pada Kurma Ajwa, termasuklah saiznya(Medium, AA, AAA, Royal) serta syarikat yang mengimport buah kurma jenis ini.

Kurma Ajwa berasal dari Madinah, dan ia merupakan buah kurma yang sangat popular dan mempunyai permintaan tinggi memandangkan ia merupakan buah kurma yang dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W. Bahkan disebut dalam sebuah hadis sahih akan kelebihannya.

2. Kurma Safawi

safawi 04 scaled

Kurma Safawi adalah jenis kurma yang sebahagian besarnya ditanam di Arab Saudi.

Kurma ini adalah jenis kurma yang lembut dan semi-kering; dapat dikenali dari warnanya yang hitam, panjang dan saiznya yang sederhana. Mempunyai rasa yang hampir sama dengan kurma Ajwa tetapi bentuknya lebih lonjong  berbanding dengan kurma Ajwa.

Kurma ini dikenali oleh produktivitinya dan membuat ia sentiasa tersedia dan mudah didapati sepanjang tahun. Harganya tidak terlalu mahal dan berpatutan.

3. Kurma Medjool

1 medjool 1586400535

Inilah dia kurma yang perlu ada sebagai santapan wajib di bulan puasa. Dia punya rasa tu memang power. Kurma Medjool adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam.

Oleh itu, ianya adalah antara jenis kurma paling mahal. Saiznya besar. Kulit berwarna kuning gelap sampai merah-coklat, tekstur berserabut dan rasanya sangat manis. Rasa manis pada buah kurma Medjool seakan rasa karamel. 

Malahan, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ia kering. Buah Kurma Medjool dikenali sebagai buah kurma “berlian” kerana sifat istimewanya ini.

4. Kurma Anbar

Gambar Kurma Anbar

Kurma ini berukuran besar dan isinya tebal bijinya kecil. Kurma ini juga salah satu jenis kurma termahal di tanah Arab. Rasanya manis, warna coklat dan penuh protein.

5. Kurma Mariami

mariami

Kurma Mariami berasal dari Iran.

Maksudnya Kurma Mariami ni memang elok untuk dimakan especially orang yang datang bulan or yang baru bersalin sebab ia boleh menambah darah kerana kandungan zat besi yang tinggi di dalam kurma tersebut disamping dapat memberi tenaga.

Kurma Mariami lembut tak basah sangat dan tak kering sangat.

6. Kurma Mazafati(Rutob)

3a285e7d29b03a6cdae105feb12ff01d

Kurma Mozafati, juga dikenali sebagai Kurma Madu, Kurma Rotab dan kurma Bam. Tempat pengeluar utama kurma Mozafati ialah di bandar Bam, wilayah Kerman.

Ini adalah tempat yang paling dikaitkan dengan pengeluaran kurma Mozafati berkualiti tinggi. Rantau Bam mempunyai kira-kira 28,000 hektar tanah khusus untuk menuai kurma Mozafati, dari tanah itu 5,000 hektar dikhaskan untuk pokok-pokok sawit muda.

Kurma Mazafati berwarna gelap, lembut, berisi, manis dan berair. Ia adalah kurma bersaiz sederhana, biasanya sekitar 2.5-4.5cm, dan mempunyai kandungan kelembapan yang agak tinggi iaitu 32-35%. Ia dimakan sebagai kurma segar. Kurma Mozafati perlu disimpan dalam peti sejuk.

Penggunaan kurma Mozafati yang kerap dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, menguatkan saraf, merawat anemia, meningkatkan ingatan dan kecerdasan, memperbaiki kulit, menggalakkan kesihatan pencernaan dan jantung yang baik, dan mencegah masalah pencernaan dan sembelit.

7. Kurma Deglet Noor

Fakulti Poster 7 17 01

Kurma Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma.

Digelar Kurma Diraja atau Ratu Kurma disebabkan teksturnya yang lembut dan rasa seperti madu . Nama tersebut diberikan oleh rakyat Algeria yang membawa maksud ‘cahaya dari kurma’. Kerana ia berwarna perang keemasan serta lebih cerah berbanding kurma yang lain.

Kurma ini kaya dengan vitamin A, beta-karotene dan lutein, yang mana kesemua ini zat yang bersifat antioksidan. Jadi ia banyak membantu untuk mengelakkan risiko sakit jantung, kanser atau penyakit kronik yang lain.

Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Jenis-jenis kurma […]

2 years ago

[…] 7 Jenis Kurma Yang Popular […]