Fadilat Makan 7 Biji Kurma Ajwa Pagi Hari

Izuan
kurma ajwa

Makan kurma 7 biji sehari, untuk elak sihir. Korang pernah terdengar/terbaca tak hadith ni?

Berkenaan sunnah makan kurma 7 biji sehari sememangnya ada dalam hadith nabi,

Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

“‏ مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ ‏”

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” 

[HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Di sini kurma yang dimaksudkan ialah kurma Ajwah. Tapi apa tu kurma Ajwa? Kalau kurma Ajwa tu, khusus untuk yang ditanam di Madinah je ke?

Jom sama2 kita belajar pasal kurma.

Apa tu Kurma Ajwa?

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat kurma ialah sejenis tumbuhan (palma) yang buahnya manis dan boleh dimakan. Pokok kurma dalam bahasa Arab disebut sebagai nakhl, manakala buahnya yang matang dipanggil tamar.

Imam al-Nawawi telah menyebutkan bahawa terdapat sebanyak 120 jenis kurma Madinah. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (12/50)]

Adapun Ajwa adalah merupakan salah satu jenis daripada jenis-jenis tamar (kurma). Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwah merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. [Lihat : al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (36/284)] 

Begitu juga Imam al-Nawawi menyatakan perkara yang sama iaitu Ajwah adalah daripada jenis kurma yang baik. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3)]

Jenis – Jenis Kurma yang Popular

  • Kurma Ajwa
  • Kurma Safawi
  • Kurma Medjool
  • Kurma Anbar
  • Kurma Mariami
  • Kurma Muda(Rutob)
  • Kurma Deglet Nour

Kelebihan Kurma Ajwah

Kurma Ajwa 600g dalam zip locked | Shopee Malaysia

Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]

Hadis kurma ajwa seterusnya, daripada Aisyah R. Anha bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ

Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]

Cara makan kurma ajwa yang betul ialah di waktu pagi. Tiada doa khusus sebelum makan kurma ajwa, cukuplah dengan membaca bismillah dan niat untuk menghidupkan sunnah Nabi.

Kesimpulan

KURMA AJWA GRED 3! SIZE BUAH GRED 3 DAN BUAH YANG CANTIK BERURAT (OUT OF  STOCK) | Shopee Malaysia

“Kami cenderung kepada pendapat bahawa kurma yang dimaksudkan di dalam hadis Nabi SAW, yang mana mempunyai kelebihan bagi menghindari racun dan sihir, adalah khusus buat kurma Ajwah Madinah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dan al-Qurtuby. Adapun kurma Ajwa Aliyah adalah termasuk di dalam kategori kurma Ajwah Madinah” – dipetik dari page muftiwp.gov.my.

Ingat ye Kurma Ajwa Madinah, kalau kurma Ajwa tetapi ditanam di luar Madinah tidak dikira. Kurma yang lain juga boleh digunakan jika tiada kurma Ajwa dengan niat nak beramal dengan hadith. Ye la, sebab kalau di Malaysia, harga kurma Ajwa boleh tahan juga RM 60-70 sekilo, tak semua orang mampu. Selamat beramal dan meraih mafaat kurma ajwa dalam Islam. In Shaa Allah.

sumber – muftiwp

والله أعلم

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Fadilat Makan 7 Biji Kurma Ajwa […]