IzdeenIzdeen

Takbir Raya Aidilfitri dan Aidiladha

27 April 2022

Takbir raya ialah satu sunnah yang khusus menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Takbir ialah amalan yang dilakukan sebagai tanda membesarkan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.

Hukum takbir raya ialah sunnah, berdasarkan firman Allah di Surah al-Baqarah ayat 185 :

Ayat Al-Quran

وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa Ramadan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

Lafaz Takbir Raya

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ\\ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا\\ وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً\\ لَا اِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ\\ وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ\\ لَا اِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ,صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ\\ وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ\\ لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu akbar (3x), la ilaha illallahu wallahu akbar, Allahu akbar walillahil-hamd. Allahu akbar kabira wal-hamdulillahi katsira, wa subhanallahi bukrataw wa ashila. La ilaha illallah wa la na‘budu illa iyyahu mukhlisina lahud-din, walau karihal-kafirun. La ilaha illallahu wahdah, shadaqa wa‘dah, wa nashara ‘abdah, wa a‘azza jundahu wa hazamal-ahzaba wahdah. La ilaha illallahu wallahu akbar, Allahu akbar walillahil-hamd.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyak puji, dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke-Esaan-Nya, Dia zat yang menepati janji, zat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentera-Nya dan menyiksa musuh dengan ke-Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.

Waktu Takbir Raya

Waktu Bertakbir

Terdapat perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya Aidiladha:

  • Waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga. Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.

Hari Raya Aidilfitri :

  • Waktunya Takbir Mursalnya bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, yakni masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.

Penjelasan lanjut tentang takbir Mursal dan Muqayyad boleh dilihat di website muftiwp.

Kepentingan Takbir

  • Sebagai satu syiar Islam menzahirkan rasa gembira dan tanda syukur kepada Allah.
  • Tanda kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan.
  • Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui laungan takbir beramai-ramai.

Video Takbir Raya

Takbir Raya PDF JakimDownload

Artikel Berkaitan