Niat Dan Cara Mandi Wajib

Izuan
niat mandi wajib

Apa maksud mandi wajib? Apa sebab mandi wajib?

Dalam artikel ini kita akan belajar tentang niat, syarat dan panduan lengkap mandi wajib yang ringkas.

Maksud Mandi Wajib

Mandi ialah meratakan air ke seluruh badan.

Dari sujud syarak pula, mandi wajib bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu.

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Sebab Mandi Wajib

Orang yang berhadas besar perlu mandi wajib untuk menyucikan dirinya.

Contoh hadas besar:

  • Bagi wanita, keluar darah haid, nifas atau wiladah.
  • Keluar air mani
  • Jima’, persetubuhan antara suami isteri.
  • Meninggal dunia

Cara Mandi Wajib Lengkap

Langkah-Langkah Mandi Wajib:

  1. Menghadap kiblat.
  2. Mulakan dengan bismillah dalam hati.
  3. Membasuh tangan 3 kali.
  4. Kemudian membuang najis atau kotoran yang ada pada badan yang boleh menghalang air terkena kulit.
  5. Mencuci kemaluan
  6. Mencuci tangan kiri
  7. Mengambil wuduk, kita boleh menangguhkan tertib basuh kaki selepas siap mandi.
  8. Siram kepala
  9. Mulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  10. Meratakan air keseluruh badan.

Pastikan niat mandi wajib itu ketika air terkena tubuh badan.

1. Niat Mandi Wajib Rumi (Umum)

image 8

Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah

a. Niat Mandi Wajib Haid

image 3

 “Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala

Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

b. Niat Mandi Wajib Nifas

niat mandi wajib nifas

 “Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala” 

Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

2. Meratakan air ke seluruh rambut dan kulit.

Ratakan air ke celah-celah jari-jari tangan, kaki, pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur.

Rambut yang terikat hendaklah diuraikan.

Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.

Ringkasnya, rukun mandi wajib ialah niat dan meratakan air ke seluruh badan. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna.

Soal Jawab Mandi Wajib

Apa beza mandi wajib lelaki dan mandi wajib perempuan?

Tiada beza pun. Cumanya, bagi perempuan kena cermat sikit semasa meratakan air ke rambut dan celah celahan, supaya air sampai.

Cara elak was-was ketika mandi wajib?

Jika dalam keadaan dia yakin bahawa dia telah melaksanakan mandi wajib, namun kemudiannya dia syak bahawa sama ada dia sudah terbatal ataupun tidak, maka hukum mandinya masih kekal sah. Ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa:

اليَقِينُ لَا يَزُولُ بِالشَّك

Maksudnya: Keyakinan tidak akan terangkat dengan syak.

Sesungguhnya perasan was-was itu berpunca daripada syaitan. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ﴿٥﴾ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

Maksudnya: Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
(Surah al-Nas: 5-6)

Hukum Mandi Wajib

Hukum mandi wajib atau mandi hadas besar ini ialah WAJIB

Jika sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku ke atas diri seseorang, maka wajiblah dia mandi.

Seandainya seseorang itu belum mandi wajib atau mandi junub, maka haramlah dia mengerjakan solat, haram menyentuh dan membawa al-Quran, membacanya, haram mengerjakan tawaf dan lain-lain yang diharamkan ketika dalam keadaan berhadas besar.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini