Kisah Abu Darda dan Biodata

Izuan
abu darda

Siapa Abu Darda? Nak tahu biografi Abu Darda?

Biodata Abu Darda

Abu Darda’ (Arab: أبو الدرداء الأنصاري) ialah seorang pemuda di Yathrib(sekarang Madinah), nama sebenar beliau adalah Uwaimir bin Zaid bin Qais. Orang ramai memberi gelaran dengan nama Abu Darda kerana beliau memiliki seorang anak perempuan bernama Darda. Isteri Abu Darda pula dikenali sebagai Ummu Darda.

Keislaman Abu Darda

Sebelum masuk Islam, Abu Darda merupakan seorang pedagang yang sangat berjaya, tetapi di masa hayatnya, beliau sanggup meninggalkan pekerjaannya hanya untuk memastikan dirinya boleh beribadah dan taat kepada Allah SWT.

Aku masuk Islam di hadapan Nabi Muhammad SAW dan aku adalah seorang pedagang. Aku ingin menggabungkan perdagangan dengan ibadah, tapi tidak berjaya. Kerana itu, aku tinggalkan perdaganganku dan fokus untuk beribadah,” kata Abu Darda.

Sahabat yang membantu Abu Darda masuk Islam ialah Abdullah bin Rawahah dari golongan Ansar.

Walaupun keislaman Abu Darda antara yang paling lewat di kalangan Ansar, dia merupakan sahabat yang diangkat darjatnya dengan ilmu yang tinggi, sehinggakan Khalifah Umar pernah melantiknya menjadi Qodi di Damsyiq, Syria.

Beliau juga turut menyumbang dalam meriwayatkan hadis Rasulullah SAW.

Doa Abu Darda


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Penjelasan lengkap doa ini boleh rujuk -> https://izdeen.com/doa-abu-darda/

Wafat Abu Darda

Setelah diutus menjadi kadi di Damsyiq, Abu Darda menjadi guru dan menghabiskan waktunya dengan memberi pengajaran kepada penduduk, memperingatkan mereka, mengajarkan kitab (Al-Quran) dan hikmah kepada mereka sampai dia meninggal.

Tatkala Abu Darda hampir meninggal, para sahabatnya datang berkunjung.

Mereka bertanya, “Sakit apa yang Anda rasakan?”

Jawab Abu Darda, “Dosa-dosaku!”

Tanya, “Apa yang Anda inginkan?”

Jawab, “Ampunan Tuhanku.”

Kemudian dia berkata kepada orang-orang yang hadir di sekitarnya, “Ulangkanlah kepadaku kalimah, Laa ilaaha illallah, Muhammad Rasulullah.”

Abu Darda senantiasa membaca kalimah tersebut berulang-ulang hingga nafasnya yang terakhir.

Wallahua’lam

Sumber :

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini