9 Adab Tidur Ikut Sunnah Nabi

Izuan
adab tidur

Setiap orang perlu tidur pada setiap hari. Alangkah ruginya mereka yang tidak melaksanakan adab tidur kerana jika seseorang tidur mengikut sunnah Nabi SAW, tidurnya berkat dan dia akan mendapat pahala sepanjang tidurnya, InsyaAllah

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, antara lain menghuraikan adab-adab sebelum tidur seperti berikut:

1. Mengambil wuduk, walaupun wuduk itu mungkin terbatal apabila bersentuhan dengan isteri/suami misalnya.

2. Sunnah Nabi tidur mengiring ke kanan dan menghadap kiblat seperti keadaan mayat di dalam kubur.

3. Tidur dalam keadaan bertaubat, bermuhasabah dan memohon ampun kepada Allah serta berazam tidak mengulangi perkara maksiat dan berazam untuk melakukan kebaikan-kebaikan pada keesokan harinya.

4. Berazam untuk bangkit di sepertiga malam untuk mendirikan solat atau setidak-tidaknya di penghujung malam iaitu menjelang waktu subuh.

5. Baca doa sebelum tidur. Dalam doa itu terkandung permohonan untuk berlindung kepada Allah dan berserah diri kepada-Nya.

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

6. Baca Ayat Kursi dan 2 ayat terakhir surah al Baqarah.

7. Baca tiga Qul – surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.

8. Baca subhanallah 11 kali, alhamdulillah 11 kali dan Allahu akbar 11 kali (atau setiap satu 33 kali seperti dibaca selepas solat). Ini dikenali juga sebgai Tasbih Fatimah.

9. Baca surah al-Mulk. Surah ini akan melindungi kita daripada seksa kubur. (Disarankan membaca surah al-Mulk di antara waktu maghrib dan isyak, manakala surah al-Waqiah dibaca menjelang masuk maghrib.)

Kesimpulan Adab Sebelum Tidur

Maka dengan adab-adab itu, kita tidur dalam keadaan berzikir dan sudah berwuduk. “Tidur dalam keadaan begini akan ditulis sebagai orang yang solat.

Ini yang membezakan tidur kita dengan tidur orang bukan Islam. Adab telah bertukar menjadi ibadah,” jelas Tuan Guru Syeikh Fahmi.

Beliau juga memberikan petua mujarab untuk mudah bangkit bertahajud atau bangkit awal pagi: Baca empat ayat terakhir surah al-Kahfi (ayat 107-110) dan niatkan untuk bangun pada waktu sekian-sekian.

Beliau menyarankan agar sekurang-kurangnya kita sempat mendirikan solat dua rakaat dan membaca beberapa ayat al-Quran sebelum subuh.

Kata beliau, “Membaca al-Quran sebelum subuh luar biasa keberkatannya.” Untuk sempat solat dua rakaat dan membaca al-Quran sebelum subuh, waktu bangkit tidur yang beliau sarankan adalah pukul 5.00 pagi.

Wallahua’lam

sumber – FB

Subscribe
Notify of
4 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Adab Tidur […]

2 years ago

[…] Adab Tidur […]

2 years ago

[…] Adab Tidur Dalam Islam […]

1 year ago

[…] saya lebih baik kalian amalkan adab tidur, baca al-Mulk ke, itu lebih afdhal dan sunnah […]