Surah Al-Fatihah

Izuan
al-fatihah

Surah al-Fatihah Rumi

  1. Bismillah hir-rohmaa nir-rohim.
  2. Alhamdu lilahi robbil’alamin.
  3. Ar rohmanir-rohim.
  4. Maliki-yawmiddin.
  5. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain.
  6. Ihdinos sirothol mustaqim.
  7. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin

Terjemahan Surah Al-Fatihah Bahasa Melayu

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
  2. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Maksud Surah al-Fatihah ialah Pembukaan, surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah.

Ada pendapat ulama’ yang mengatakan surah al-fatihah diturunkan di:

  • Mekah
  • Madinah
  • Mekah dan Madinah

Nama Lain Surah al-Fatihah

  1. Ummul Kitab
  2. as-Sab’ul Mathani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang)
  3. al-Quranul Azhim
  4. ash-Solah, kerana al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat
  5. asy-Syifa’ kerana ada diriwayatkan satu hadith: “Fatihatul kitab itu merupakan syifa’ (penyembuh) dari setiap racun.”

Isi Kandungan Surah al-Fatihah

Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada:

  • Usul Ad-din(Usul Agama) dan cabang-cabangnya seperti:
    • akidah, ibadah, tasyri’
    • iktikad dengan Hari Akhirat,
    • beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadat,
    • meminta pertolongan dan doa.
  • Memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin
  • menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat.

Justeru dinamakan Umm al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.

Kelebihan Surah Al-Fatihah

1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.

2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab.

3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini