Sirah Nabi – Quraisy Menentang Dakwah Rasulullah

Izuan
Quraisy

Kaum Quraisy sentiasa memikirkan cara untuk menentang dakwah Rasulullah, namun tidak pernah berjaya. Berikut ialah beberapa cara yang telah cuba dilaksanakan kaum Quraisy untuk melemahkan dan menghentikan dakwah Rasulullah SAW ketika di Makkah.

Memfitnah dan Mendustakan Rasulullah

Mereka melakukan ini kerana ingin menjatuhkan semangat Rasulullah dan kaum Muslimin. Tetapi dengan keyakinan kepada Allah, umat Islam sedikit pun tidak goyah.

1. Mereka mendakwa Rasulullah gila

وَقَالُوْا يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْ نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ اِنَّكَ لَمَجْنُوْنٌ

Dan mereka berkata, “Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Qur’an, sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar orang gila.

Surah al-Hijr : 6
2. Mereka memfitnah Rasulullah sebagai tukang sihir

وَعَجِبُوْٓا اَنْ جَاۤءَهُمْ مُّنْذِرٌ مِّنْهُمْ ۖوَقَالَ الْكٰفِرُوْنَ هٰذَا سٰحِرٌ كَذَّابٌۚ

Dan mereka heran karena mereka kedatangan seorang pemberi peringatan (rasul) dari kalangan mereka; dan orang-orang kafir berkata, “Orang ini adalah pesihir yang banyak berdusta.”

Surah Sad : 4
3. Mereka memandang Rasulullah dengan pandangan hina

وَاِنْ يَّكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لَيُزْلِقُوْنَكَ بِاَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُوْلُوْنَ اِنَّهٗ لَمَجْنُوْنٌ

Dan sungguh, orang-orang kafir itu hampir-hampir menggelincirkanmu dengan pandangan mata mereka, ketika mereka mendengar Al-Qur’an dan mereka berkata, “Dia (Muhammad) itu benar-benar orang gila.”

Surah al-Qalam : 51

Menimbulkan Kekeliruan

Kegemaran Musyrikin Makkah ialah menyebarkan dakyah palsu, mereka cerita-cerita palsu mengenai ajaran Islam dan peribadi Rasulullah itu sendiri, menyebar luas semua dakyah ini supaya tidak memberi peluang kepada orang ramai memikir mengenai dakwah Rasulullah, mereka terus menggembar-gemburkan tuduhan mengenai al-Quran yang ianya sebagai dongeng rekaan orang kuno.

Dan mereka berkata lagi: “Al-Qur’an itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu. dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafalnya)”.

(al-Furqaan: 5)

Dan mereka pula berkata: “Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain) ? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).

(al-Furqaan: 7)

Dan mereka menyifatkan Rasulullah sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang keistimewaan apa pun.

Terdapat satu kisah yang masyhur tentang fitnah Walid al-Mughirah terhadap Nabi Muhammad

Mengajak Rasulullah Menyembah Berhala

Setelah pelbagai cara tidak berhasil untuk menjatuhkan Rasulullah, terdapat riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir dan al-Tabrani yang bermaksud: Bahawa pihak musyrikin telah mengemukakan kepada Rasulullah tawaran iaitu supaya Baginda menyembah tuhan-tuhan mereka untuk selama setahun, kemudian pihak mereka akan menyembah tuhannya setahun dengan cara bergilir-gilir.

Dalam satu riwayat lain oleh Abd bin Hamid yang bermaksud: Bahawa pihak Quraisy telah menawarkan Rasulullah permintaan mereka dengan katanya: Sekiranya kamu mengiktiraf berhala-berhala kami sebagai tuhan, maka kami akan menyembah tuhan kamu.

Perkara ini tidak berjaya, maka turunlah surah al-Kafirun sebagai jawapan terhadap tawaran Musyrikin Makkah.

598463CB FD7D 474D 9D8F B0CA79CEFFCB

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!” (1), “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2), “Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah (3), “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat (4), “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat (5), “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku ” (6)

Demikianlah kehendak Allah dengan membuat kata putus yang tegas terhadap tawaran mereka yang lucu itu. Berlakunya periwayatan yang berbagai ini, mungkin kerana mereka telah membuat beberapa percubaan satu demi satu.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini