Fitnah Walid ibn al-Mughirah Terhadap Rasulullah

Izuan
Walid ibn al-mughirah

Pembesar-pembesar Quraisy mendapatkan khidmat Walid ibn al-Mughirah kerana telah mati akal untuk menjatuhkan Rasulullah SAW.

Sejak dakwah Rasulullah secara terang-terangan dijalankan, timbul satu perkara yang merunsingkan Quraisy kerana musim haji akan datang tidak lama lagi. Rombongan haji tidak lama lagi akan tiba, mereka harus melabel sesuatu mengenai diri Muhammad (s.a.w) supaya mampu menghalang dakwahnya daripada mempengaruhi jiwa bangsa Arab.

Mesyuarat Bersama Walid ibn al-Mughirah

Oleh itu mereka berkumpul bersama Walid Ibn al-Mughirah, dia lahir di Mekah sekitar 95 tahun sebelum hijrah Nabawiyah. Sejak membuka kedua matanya dia mengetahui bahwa keluarganya tergolong paling mulia di keluarga Quraisy dan paling tinggi, terhormat dan paling kaya. Ayah atau saudaranya adalah pemimpin terhormat yang kedudukannya hampir menyamai kedudukan para pemimpin Quraisy. Seorang yang dihormati kerana keilmuannya, di bidang hukum, al-Walid merupakan salah seorang hakim Arab di masa Jahiliyah dan salah seorang pemimpin Quraisy di Daar an-Nadwah.

Tetapi, malang sekali kerana statusnya yang tinggi, dia tidak ingin kedudukannya tergugat dengan kedatangan Islam, lalu bertindak memfitnah Muhammad SAW.

Maka kata al-Walid, “Kamu harus bersatu dan jangan ada di antara kamu yang berselisih atau mendusta antara satu sama lain, atau ada yang menolak pendapat orang lain”. Maka mereka semua sekata. Ayuh kamu yang kemukakan”.

Lalu mereka menyebut, “Kita katakan dia seseorang sami”. Jawab Walid ibn al-Mughirah, “Demi Allah dia bukan seorang sami, semua kita pernah melihat sami-sami, kata-katanya itu bukan kata-kata sami atau gurindamnya”.

Kata mereka, Jadi kita “katakan dia gila”. Kata Walid ibn al-Mughirah, “Dia tidak gila, kan semua kita pernah tengok orang gila dan kita kenalinya, cakapnya bukan mengarut”.

“Dia seorang penyair” kata Walid ibn al-Mughirah, “Tidak dia bukan penyair, sebab semua kita kenali jenis-jenis syair, kata-katanya itu bukan syair”

Maka kata mereka: Kalau itu pun tidak kita katakan, beliau tukang sihir.

Kata Walid ibn al-Mughirah : Sihir pun bukan sebab semua kita mengenali sihir itu, kata-katanya itu bukan mentera atau jampi sihir, maka kata mereka: Kalau semuanya ini tidak maka apa yang hendak kita kata:

Setelah semua cadangan tidak berjaya, Walid ibn al-Mughirah pun mengambil masa untuk berfikir, dan akhirnya memberi kesimpulan :

“Demi Allah kata-katanya itu begitu manis, bagai sepohon pokok bawahannya sangat subur, cabangnya berbuah, cakap-cakap kamu semua itu karutbelaka, paling hampir sekali kamu berkata dia seorang ahli sihir kerana kata-katanya itu memukaukan, kata-katanya itu adalah sihir yang boleh memecah belahkan di antara seseordng dengan ayahnya atau saudaranya atau isteri atau dengan seluruh keluarganya, oleh itu hindarlah diri kamu darinya.

Allah s.w.t mendedahkan kisah al-Walid itu di dalam surah al-Muddasir sebanyak tujuh ayat(18-25) :

اِنَّهٗ فَكَّرَ وَقَدَّرَۙ

18. Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (apa yang ditetapkannya),

فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَۙ

19. maka celakalah dia! Bagaimana dia menetapkan?

ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَۙ

20. Sekali lagi, celakalah dia! Bagaimana dia menetapkan?

ثُمَّ نَظَرَۙ

21. Kemudian dia (merenung) memikirkan,

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَۙ

22. lalu berwajah masam dan cemberut,

ثُمَّ اَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَۙ

23. kemudian berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri,

فَقَالَ اِنْ هٰذَآ اِلَّا سِحْرٌ يُّؤْثَرُۙ

24. lalu dia berkata, “(Al-Qur’an) ini hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang-orang dahulu).

اِنْ هٰذَآ اِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِۗ

25. Ini hanyalah perkataan manusia.”

Setelah majlis mesyuarat bersetuju untuk menerima pakai cadangan al-Walid, maka semua mereka mengawal pintu masuk orang-orang haji di musim itu, tak seorang pun yang tidak diberi maklumat yang jahat itu

Malah kesemua jemaah haji menerima peringatan yang jahat itu dari pemuka-pemuka Quraisy. Yang melaksanakan tugas jahanam itu ialah Abu Lahab, kerana apabila Rasulullah mengikuti sesetengah orang di musim itu ke kediaman mereka, ke pasar Ukaz, Mijannah dan Zul Majaz untuk mendakwah mereka ke agamanya,

Abu Lahab akan mengekori dari belakangnya dan memberi tahu kepada mereka, ”Jangan kamu percaya dia, dianya seorang yang sudah keluar agama serta mendusta”.

Hal ini menyebabkan apabila orang-orang Arab balik dari haji, mereka menyebarkan kisahnya di seluruh pelusuk bumi Arab.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini