Hijrah (هِجْرَة), bermaksud perpindahan, hijrah ke Madinah merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Dari segi istilah merujuk kepada perpindahan Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam dari Makkah ke Madinah atau Habsyah. Dalam sirah perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w telah berlaku dua penghijrahan iaitu :
- Orang Islam dari Makkah ke Habsyah (615 Masihi)
- Orang Islam dari Makkah ke Madinah (622 Masihi)
Di dalam artikel ini, kita akan belajar tentang Hijrah ke Madinah, berkenaan hijrah ke Habsyah boleh tekan link di atas.
Isi Kandungan
Mengapa Hijrah ke Madinah?
1. Tekanan Musyrikin Mekah
Ancaman dan tekanan Musyrikin Mekah semakin merisaukan umat Islam. Orang Islam dihina, diseksa dan dipulau. Rasulullah sendiri turut menerima ancaman bunuh dari mereka.
2. Dakwah di Taif tidak berjaya
Usaha dakwah Rasulullah di Taif tidak disambut baik, beliau bukan sahaja diejek, bahkan dibaling batu oleh penduduk Taif. Baca kisah penuh di artikel Nabi Muhammad Dakwah Di Taif.
Oleh itu, baginda mencari tempat lain untuk menyebarkan dakwah. Madinah merupakan tempat berpotensi kerana sambutan penduduk Madinah terhadap Islam lebih baik dan bersunguh-sungguh.
3. Kematian Abu Talib dan Khadijah
Abu Talib dan Khadijah merupakan dua individu yang amat penting dalam hidup Rasulullah. Kematian mereka berdua, telah menyebabkan keadaan Rasulullah di Makkah semakin rumit kerana hilangnya sokongan dan sumber kekuatan.
Khadijah merupakan isteri yang setia dan telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi sejak awal penyebaran Islam. Abu Talib pula walaupun tidak memeluk Islam, merupakan bapa saudara yang sentiasa melindungi Nabi Muhammad dari ancaman Musyrikin Mekah.
Tahun kematian dua sosok penting ini turut dikenali sebagai Tahun Kesedihan atau Tahun Dukacita.
4. Kedudukan Madinah yang strategik
Madinah terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman. Selain boleh meningkatkan ekonomi umat Islam, penyebaran Islam pun boleh terjadi melalui perdagangan.
5. Ayat Perintah Hijrah Ke Madinah
Telah turun ayat 30 pada surah al-Anfal yang menceritakan tentang perancangan Musyrikin Mekah untuk membunuh Rasulullah SAW. Ayat ini menjadi petanda bahawa penghijrahan ke Madinah perlu dibuat dengan segera.
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
Surah al-Anfal, ayat 30
Kronologi Hijrah
Rasulullah SAW bersama Abu Bakar RA sepanjang penghijrahan ini. Perjalanan sejauh 450 km(mengikut Google Maps) ini mengambil masa 8 hari.
Ini hanyalah kronologi ringkas, jika ingin baca kisah lengkap Hijrah ke Madinah,
Wallahua’lam