Selawat Nuril Anwar – Disinari Cahaya Ilahi

Selawat Nuril Anwar boleh diamalkan supaya sentiasa disinari cahaya Ilahi bagi mereka yang istiqamah, insyaAllah.
Bacaan Dalam Rumi:
Allahumma sholli ‘ala nuril anwar wa sirril asrar wa tiryaqil aghyar wa miftahi babil yasar sayyidina wa maulana muhammadinil mukhtar wa alihil ath-har wa ash-habihil akhyar ‘adada ni’amillahi wa ifdhalih.
Ertinya : “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. yang terpilih, keluarganya yang suci, dan para sahabatnya yang mulia, sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurnia-Nya”
Berikut ialah bacaan Selawat Nuril Anwar, amalan umat Islam untuk meraih berkah dari cahaya Ilahiah. Dalam Islam, selawat menjadi doa agar Nabi Muhammad dan keluarganya selalu diberi kebaikan dan kesejahteraan.
Pengenalan
Selawat Nuril Anwar dikarang oleh Syeikh Ahmad Al Badawi atau lebih dikenali Sayyid Ahmad Al-Badawi. Syeikh Ahmad Al Badawi lahir di Fes, Maghribi(Morocco dlm bahasa Inggeris) dan meninggal dunia di Tanta, Mesir pada 675 Hijrah. Beliau merupakan antara ulama’ sufi yang terkenal di bumi Mesir
Maksud Nuril Anwar
Istilah Nuril Anwar ialah terbitan hasil dari 2 perkataan Arab iaitu Nur(نور ) yang bermaksud cahaya dan Anwar(أنوار) yang bermaksud yang bersinar. Maksudnya ialah Cahaya Yang Bersinar.
Kelebihan
Selawat Nuril Anwar diyakini memiliki beberapa keistimewaan antara lain menunaikan hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana, dan disinari cahaya Ilahiah untuk keberkahan hidupnya.
Sayyid Ahmad Ruslan dalam Kitab Afdhalus Shalawat karya Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhan mengatakan:
“Sholawat ini sangat mujarab untuk menunaikan hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan meraih cahaya, bahkan sangat manjur untuk segala keperluan.”
Wallahua’lam
Asmkm…mohon izin saya copy selawat ini.semoga Allah merahmatimu
Waalaikumsalam, silakan. Terima kasih atas doanya.
Assalammualaikum…. Mohon kebenaran megambil ilmu nya dan beramal dgn nya
Terima Kasih
Waalaikumsalam, silakan, semoga bermanfaat.
Jazakallahukhairan.
Alhamdulillah!