Selawat Syifa’ Ikhtiar Untuk Sembuh Dari Penyakit

Izuan
selawat syifa

Maksud Selawat Syifa ialah Selawat Penyembuh.

Berdasarkan arti yang ada dalam sholawat ini, masyarakat kebiasaannya membaca sholawat syifa untuk orang sakit.

Terdapat golongan yang mengatakan ianya syirik, tetapi ada juga golongan yang beramal dan mendapat kelebihan selawat syifa dengan izin Allah. Masing-masing ada hujah dan pendapat tersendiri.

Selawat Syifa Rumi

Selawat Syifa mp3

Allahumma Solli ‘alaa sayyidina Muhammadin Thibbil Qulubi Wa Dawaa-Ihaa Wa ‘Aafiyati Abdaa Ni Wa Syifaa Iiha. Wa Nuuril Abshaari Wa Diyaaiha Wa ‘Alaa Aalihii Wa Shahbihii Wa Barik Wa Sallim.

Selawat Syifa Lirik

Nak beramal atau tidak, tergantung kepada keyakinan anda. Di sini saya menerangkan antara kekeliruan dan dakwaan yang ada.

Hujah beramal dengan Sholawat Syifa’

  1. Selawat ini terkenal keseluruh dunia Islam dan diamalkan di Nusantara dengan tidak menimbulkan pemahaman apa-apa kerana tidak pernah terlintas dalam hati pengenal selawat ini untuk menyandarkan fadhilat pengubatan penyakit dan menyandarkan kesembuhan kepada zat Nabi Muhammad SAW.
  2. Selawat ini bukan baru tercipta iaitu telah lama berlegar. Ia terdapat dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Dalam Mukaddimah pertamanya ditulis oleh Dr. Mahmud Muhammad al-Tanahi Profesor Madya di Kuliah Syariah Universiti al-Malik ‘Abd al-‘Aziz Makkah al-Mukarramah ditulis dibaris pertama mukaddimahnya dengan Selawat Syifa’.
  3. Jika diandaikan Doa Syifa itu mengundang kesyirikkan kepada Allah seperti yang didakwa, apakah wajar selawat itu boleh berada dalam kitab terkenal al-Tibb al-Nabawi yang diterbitkan di Makkah al-Mukarramah dan ia tidak ada sebarang masalah yang diragukan. Oleh itu, yang mengusahakan penerbitannya seperti yang disebutkan tadi tidak pula mempertikaikan tentang Selawat tersebut lalu penerbitan itu diedarkan kepada bacaan awam.
  4. Jadi, dapat difahami bahawa jika selawat itu mengundang kesyirikan kepada Allah sudah pasti ia telah dipadamkan atau tidak diterbitkan untuk edaran orang ramai.

Hujah Menolak Beramal Dengan Selawat Syifa’

  1. Selawat adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh syarak, namun selawat syifa’ yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah.
  2. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw.
  3. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya

Kesimpulannya, tergantung kepada anda untuk beramal atau tidak mengikut pandangan mana yang anda ikut.

Wallahua’lam

sumber – JAKIM, jomfaham.blospot

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Selawat Syifa […]