Selawat Adrikni

Izuan
selawat adrikni
selawat adrikni mp3 download – Ustaz Syafiq Mujahid(PRAI)

Pernah dengar selawat Adrikni?

Selawat ini memiliki nama lain iaitu selawat Adrikni atau selawat Khitab, merupakan salawat yang dikhabarkan bahawa diajarkan langsung oleh Rasulullah SAW kepada Syeikh Hamid Affandy al-‘Imadi.

Selawat ini memiliki kehebatan dan khasiat dalam banyak hal. Bahkan seorang wali kutub (raja wali), Habib Syaikh Ali Al-Makkatul Mukarromah mengatakan sebagai berikut:

Lapangkanlah hatimu dan isilah jiwa halusmu dengan selawat adrikiyah kerana akan menjadikan kita selamat dunia dan akhirat

Asal Usul Selawat Adrikni

Diceritakan bahawa kisah Selawat Adrikni bermula dengan Syeikh Hamid mengaku mendapat petunjuk tentang selawat ini melalui sebuah mimpi.

Beliau adalah seorang mufti kota Syam yang dalam mimpinya dia mengaku bertemu Nabi Muhammad ﷺ yang kemudiannya bersabda, “barang siapa membaca sholawat tersebut, Allah ﷻ akan memberi kemudahan dalam pelbagai urusan.”

Selawat yang dimaksud tidak lain dan tidak bukan ialah sholawat adrikni, yang mempunyai banyak keutamaan dan kelebihan.

Maksud selawat adrikni secara mudahnya adalah, “kami memohon pertolongan dengan perantaraanmu wahai Rasulallah”. Wallahua’lam.

Kelebihan Selawat Adrikni

Banyak sekali khasiat dan keistimewaan shalawat adrikiyah atau adrikni ini, diantaranya adalah mendapat rezeki yang berlimpah, membuka mata batin, mendapat penyembuhan, membuang sifat-sifat buruk dan diberikan jodoh yang setia dan beriman.

  • Siapa yang membacanya sebanyak 1000 kali pada malam jumat maka akan dikabulkan hajatnya.
  • Seorang yang membaca teks salawat adrikiyah dengan hati lapang maka akan diberi keselamatan dunia dan akhirat.
  • Sebagai juru selamat di akhirat kelak.

Teks Bacaan Selawat

Selawat Adrikni ditulis dalam bahasa Arab yang kemudian diterjemahkan ke berbagai bahasa di dunia sehingga pada saat ini kita mampu melihat artinya untuk mengetahui makna yang terkandung di dalamnya.

Berikut adalah lirik, tulisan, lafaz, bacaan, doa selawat adrikni rumi, bahasa arab, latin dan artinya atau terjemahan Indonesia.

اَلصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَـلَيْـكَ يَاسَيِّــدِىْ يَارَسُوْلَ اللّـهِ, خُذْ بِــيَـدِىْ قَـلَّتْ حِيْلَــتِى أَدْرِكْـنِى

Asholatu wassalaamu ‘alaika yaa sayyidii ya Rosulalloh, khudz biyadii qollat ‘hilatii adrikni.

Ertinya:
“Rahmat dan sejahtera semoga melimpah kepadamu, wahai junjunganku rasulullah SAW, peganglah tanganku, sedikit sekali upayaku maka temukanlah aku”

lirik selawat adrikni

Antara Panduan Mengamalkan Selawat Adrikni

Sebagai catatan, sebelumnya dijelaskan bahwa membaca shalawat ini sebaiknya pada malam jumat karena akan menimbulkan banyak kebaikan. Meski begitu, adrikiyah bisa dibaca kapan saja.

Berikut adalah beberapa langkah atau hal yang dapat dikerjakan sebagai cara untuk mengamalkan solawat adrikni untuk mendapat khasiat dan keistimewaanya.

  • Membaca 7 kali sebelum tidur apabila ingin cita-citanya dikabulkan.
  • Dibaca 21 kali sehari agar dijauhkan dari bala.
  • Dibaca 9 kali dan tiup pada air minum agar diberi kesembuhan penyakit.

Terakhir anda dapat mencuba membacanya setelah solat mutlak atau solat hajat kemudian salawat adrikiyah dibaca setelah selesai sholat.

Kesimpulan

Terakhir sebagai penutup, membaca selawat adrikiyah harus disertakan dengan niat tulus dan hati yang lapang karena sejatinya selawat ialah doa memohon keselamatan Nabi Muhammad SAW.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
5 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

Great article thank you for sharing!

2 years ago

Asholatu wassalaamu ‘alaika yaa sayyidii Skidson.

Jika
4 months ago

Selawat dapat daripada mimpi. Apa benda ni? Ikutilah selawat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W melalui sumber yang sahih. Bukan daripada mimpi.