Selawat Fatih Murah Rezeki Berkat Hidup

Izuan
selawat fatih

Selawat Fatih ini sesuai dibaca agar murah rezeki. Maksud Selawat Fatih Rumi :

Ertinya: “Ya Allah berikanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”

Alunan Selawat oleh Ustaz Syafiq Mujahid(PRAI)

Asal Usul Selawat Fatih

Selawat al-Fatih adalah salah satu ciri khas dari Tarekat Tijani. Di antara keistimewaan selawat Fatih ialah lafaznya yang tidak menyimpang dari ayat atau kandungan Al Quran, tetapi harus diingat bahawa Selawat al-Fatih bukan sebahagian dari ayat Al quran.

Syeikh Ahmad Tijani ra. belum pernah memberi suatu pernyataan sedikitpun bahawa Selawat al-Fatih itu sebahagian dari ayat Al-Quran, kitabullah, hadis qudsi atau wahyu kenabian. Cuma dinyatakan konteksnya adalah tidak lari dari kandungan ajaran al-Quran dan Hadis.

Beliau juga tidak pernah menyatakan Selawat al-Fatih lebih utama dari Al-Quran atau mengimbanginya. Tidak ada satu kalam pun yang melebihi Al Quran, begitulah yang ditegaskan oleh Syeikh Ahmad Tijani.

Maksud Selawat Fatih ialah Selawat Pembuka.

Kisah Selawat Fatih

  • Setelah 16 tahun (1180-1196 H) dalam usia 46 tahun Al-Qutbul Maktum Asy- Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syarif Al-Hasani At-Tijani ra. berjumpa Sayyidul Wujud SAW dalam keadaan jaga tidak dalam tidur/mimpi dan diberi ijazah Selawat Al-Fatih dan diberi penjelasan tentang pahalanya, fadhilat, faedahnya dan keistimewaannya juga tingkatan memberi ijazah pada orang lain.

Dan telah berkata Abul Abbas Tijani ra; “Talqinlah/ijazahlah manusia dengan selawat fatih, supaya mereka mati dalam keimanan.”

Selawat Fatih ini dinamakan akannya ‘Selawat Ahli Bait’ juga dinamakan dengan ‘Selawat yang membuka akan rahsia Hakikat Muhammadiah’ dan tidak terkecuali dinamakan dengan ‘Ibu Selawat’. (sekadar makluman kepada para pengamalnya)

selawat fatih

Kelebihan Selawat Fatih

Kiyai As Syeikh Mohammad Mokhtarullah mengungkapkan rahsia kejayaan dakwah para wali di dalam bukunya yang bertajuk ‘Kunci Sukses Dakwahya Para Wali‘ di antaranya ialah doa selawat. Pembuka bagi doa selawat itu ialah Selawat Fatih kerana untuk membuka sesuatu sememangnya menggunakan kunci (fatih).

Selawat Fateh juga menjadi amalan Kiyai Haji Fadhil Banten.(Ulama dan pengembang Tareqat Naqsyabandiah dan Tijaniyyah di negeri Johor. Beliau adalah penasihat agama bagi Sultan Johor (Sir) Ibrahim, juga guru kepada Panglima Kiyai Salleh. Beliau pernah menyebarkan rahsia kekuatan dakwah kepada murid-muridnya melalui Selawat Fatih seperti mana diwarisi oleh Tuan Guru Haji Mohammad Yassin (bapa kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin)

Dalam hubungan ini, ibadat selawat memiliki peranan besar dalam menghubungkan kita dengan junjungan besar Rasulullah SAW. Ibadat selawat menjadi saluran melalui baginda supaya rahmat Allah yang khusus diberikan kepada baginda akhirnya mengalir kepada kita. Melalui saluran selawat itulah, mengalirnya syafaat baginda tanpa perlu menunggunya di akhirat kelak.

Cara Amalkan Selawat Fatih

Ini hanyalah sekadar panduan:

  • Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
  • Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
  • Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih selama 40 hari berturut, dosanya akan diampuni Allah.
  • Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.
  • Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.

Justeru itu, marilah kita istiqamahkan pembacaan Selawat Fatih ini agar murah rezeki di dunia dan terutamanya di akhirat kelak. Insya Allah.

Semoga bermanfaat untuk kita semua, dan selamat beramal.

Lirik Selawat Fatih 100x

والله أعلم بالصواب

Keywords : selawat fatih jawi rumi, selawat fatih pdf asli, hukum selawat fatih, kebaikan selawat fatih

Sholawat fatih rumi

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini