Ini ialah sambungan kisah Rasulullah hijrah ke Madinah, part 1 menceritakan tentang bermula hijrah Nabi Muhammad dari Makkah, terlepas dari pengepungan kaum Quraisy, dan bermalam di Gua Thur bersama Abu Bakar.
Jika belum baca part 1, sila tekan link ini.
Isi Kandungan
Meneruskan Perjalanan ke Madinah
Setelah bermalam 3 hari di Gua Thur, pembunuh upahan yang mencari Rasulullah telah mati akal dan menghentikan pemburuan. Melihat keadaan yang sedikit tenang, Nabi Muhammad dan Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah. Mereka berdua telah mengupah Abdullah bin Uraiqit seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir. Walaupun ketika itu Abdullah bukan beragama Islam, Rasulullah mempercayai beliau.
Sebelum Rasulullah masuk ke Gua Thur binatang tunggangan Baginda SAW diserahkan kepada Abdullah bin Uraiqit. Ketika keluar dari Gua Thur, Abdullah bin Uraiqit datang semula membawa binatang tunggangan itu.
Asma’ binti Abu Bakar pula menyediakan bekalan makanan untuk Rasulullah SAW dan ayahnya, Abu Bakar.
Rasulullah bersama-sama Abu Bakar menuju ke destinasinya, bersama-sama mereka Amir bin Fuhayra, melalui jalan pinggir pantai mengikuti dalil penunjuk Abdullah bin Uraiqit. Arah pertama yang beliau tunjuk sebaik sahaja keluar gua itu ialah ke arah selatan negeri Yaman, kemudian baru beliau mengalih arah menuju ke pesisiran pantai, hingga apabila beliau sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, beliau menukar arah ke utara menghampiri pantai laut merah, iaitu jalan yang tidak diguna orang kecuali jarang-jarang sahaja.
Sepanjang perjalanan itu, telah terjadi beberapa peristiwa antaranya:
1. Abu Bakar sentiasa berjalan di belakang Rasulullah SAW
Kebiasaannya Abu Bakar akan mengekori dari belakang Rasulullah, beliau seorang yang dikenali sedangkan Rasulullah SAW seorang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya “Siapa yang di hadapan kamu itu?” Jawab Abu Bakar, “itu penunjuk jalan”. Yang dimaksudkan Abu Bakar ialah penunjuk jalan kebaikan dan kebenaran.
2. Dikejar Suraqah bin Malik
Suraqah bin Malik ialah seorang penunggang kuda yang hebat. Beliau ialah antara pembunuh upahan yang masih belum berputus asa memburu Rasulullah. Bayangkan saja, ganjaran yang bakal diperoleh jika dapat menangkap Rasulullah sama ada dalam keadaan hidup atau mati, ialah 100 ekor unta betina yang baik.
Cerita penuh tentang Suraqah bin Malik diceritakan di artikel ini.
3. Singgah di Perkhemahan Ummu Ma’bad
Di dalam perjalanan, Rasulullah SAW sempat melalui perkhemahan Ummu Ma’bad al-Khuza’iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, yang kebiasaannya duduk di hadapan khemah untuk memberi jamuan dan minuman bagi sesiapa yang lalu di hadapan khemahnya.
Antara perkara penting yang dipelajari ketika peristiwa ini ialah tentang ciri fizikal Rasulullah yang diterangkan dengan jelas iaitu :
Ummu Ma’bad menjelaskan kepada suaminya (tentang Rasulullah), “Ia adalah seorang pria yang mukanya bersinar ramah. Akhlaqnya mulia. Tubuhnya sedang dan wajahnya tenang. Ia cerdik sekali dalam membagi jatah. Kedua matanya hitam. Rambut alis dan bulu matanya lebat. Suaranya berat (lagi indah). Matanya bagus, bulu matanya lentik, warnanya sangat hitam seperti dicelak. Rambutnya hitam pekat. Lehernya panjang. Janggutnya lebat. Jika diam, ia tenang. Jika berbicara, tangan dan kepalanya ikut bergerak. Aura wibawanya pun keluar. Seolah-olah perkataannya bagaikan manik-manik yang disusun rapi untuk digulirkan. Ia berkata dengan singkat dan padat, tanpa ada sedikit pun yang tersia-sia. Dari kejauhan, ia tampak sangat tampan dan paling menonjol di antara orang banyak. Sedangkan dari dekat ia tampak lebih manis dan sempurna. Perawakannya sedang. Tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek. Ia memang paling berwibawa di antara yang lainnya. Beberapa orang ikut bersamanya. Mereka selalu menjaganya. Jika ia berkata, mereka menyimaknya dengan seksama. Jika ia menyuruh, mereka dengan seksama melaksanakannya. Ia cekatan dan lihai mengatur kekuatan. Raut mukanya tidak masam dan tidak ketuaan”.
Kisah yang masyhur ini adalah sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ummu Ma’bad sendiri, dan akhirnya diriwayatkan oleh banyak periwayat yang saling menguatkan satu sama lain. Penuturan serta penjelasan darinya mengenai sifat dan ciri-ciri Rasulullah sangat fasih. Terlebih lagi, Ummu Ma’bad saat itu adalah seorang perempuan Badui yang tidak bisa membaca dan menulis, yang hidup di pedalaman, dan jauh dari lingkungan masyarakat. Akan tetapi ia mampu menceritakan serta menjelaskan apa yang ia lihat dengan lengkap dan detail.
Cerita penuh boleh dibaca di artikel ini.
4. Pertemuan dengan Abu Buraidah
Abu Buraidah adalah seorang ketua kabilah, beliau turut serta dalam pemburuan terhadap Rasulullah dan Abu Bakar dengan harapan akan meraih tawaran Quraisy yang sangat lumayan itu. Tetapi, yang terjadi adalah sebaliknya kerana setelah beliau bertemu dan bercakap dengan Rasulullah, beliau terus memeluk Islam bersama-sama dengan 70 orang pengikutnya.
Kemudian setelah melalui peristiwa-peristiwa di atas, Rasulullah SAW singgah sebentar di Quba’.
Wallahua’lam