Pengertian Bersuci Dalam Islam

Izuan
bersuci

Apa maksud bersuci atau taharah?

Bab bersuci merupakan perkara asas dalam agama, sehinggakan diajar pada waktu sekolah rendah lagi. Kalau tak silap ada tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 1 : Bersuci Asas Kebersihan.

Begitu juga dalam kitab fekah(fiqh), kerna peri pentingnya ilmu bersuci, kebiasaannya pelajaran bersuci diletak pada bahagian awal-awal.

Bersuci menurut bahasa adalah bersih dan suci.

Bersuci menurut istilah syarak ialah perbuatan yang mengharuskan solat atau seumpamanya seperti berwudhu’ kepada sesiapa yang belum berwuduk, mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan juga tempat.

Hukum bersuci adalah wajib.

Tujuan Bersuci Dalam Islam

Islam menganggap bersuci itu sebagai sebahagian daripada Iman. Ini diterangkan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ

Maksudnya: Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.

Riwayat Muslim (223)

Untuk melaksanakan solat, antara syarat sah solat ialah suci daripada hadas kecil dan besar.

Firman Allah SWT:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

Maksudnya: Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

(Surah al-Muddathir: 4)

Kelebihan Bersuci

  • Menjadikan badan segar dan sihat.
  • Menguatkan rohani dan jasmani.
  • Dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.
  • Mendapat keredhaan Allah SWT dan ganjaran pahala.

Alat-Alat Bersuci

  1. Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) : air yang suci dan boleh menyucikan
  2. Debu tanah
  3. Benda yang kesat : kertas, tisu, batu, kain, daun atau kulit kayu

Jenis Bersuci

  1. Bersuci daripada najis
    • istinjak
    • basuh
  2. Bersuci daripada hadas
    • Wuduk
    • Tayamum
    • Mandi hadas

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini