Ini merupakan niat wuduk dan doa selepas wuduk.
Bacaan Sebelum Wudhu
1. Membaca Bismillah
Membaca bismillah sebelum berwuduk tidaklah wajib, tetapi merupakan sunnah dan sebahagian daripada kesempurnaan wudhu.
Selain itu, Baginda Nabi SAW memerintahkan umatnya supaya dalam melakukan setiap perkara hendaklah dimulai dengan membaca Basmalah. Ini seperti Sabda Nabi SAW:
كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ
Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus(kurangnya keberkatan).
Riwayat Ibnu Majah (1894)
2. Niat Wuduk Ringkas
Niat wuduk rumi : Nawaitu Wudhuu-a li Raf’aal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala
Niat merupakan salah satu rukun wudhu, jika terlupa niat wudhu tidak sah wuduknya.
Doa Selepas Wudhu
Doa Selepas Wuduk Rumi
Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah,
Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.
Allahummaj-’alni Minat Tauwabin, Waj-’alni Minal Mutatahhirin
Subhanaka-allahumma Wabihamdika, Asy-hadu An Laa Ilaha Illa Anta,
Astaghfiruka Wa-Atubu Ilaik.
Maksud Doa Selepas Wuduk
Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untukNya.
Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya.
Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu, Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih.
Maha suci Allah dengan pujian ke atasNya, Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan engkau,
Aku memohon ampunan dan bertaubat kepadaMu.
Wallahua’lam
sumber – akuislam, republika.co
[…] Akhiri dengan membaca doa tayamum iaitu sama sahaja dengan doa selepas wuduk. […]