Kenapa kita kena lihat anak bulan, tak boleh ke raya je setelah sebulan berpuasa?
Setiap kali menjelang raya, mesti kita tertunggu-tunggu pengumuman raya oleh pemegang cap mohor diraja. Tarikh melihat anak bulan Ramadan dan anak bulan Syawal antara peristiwa penting dalam agama Islam.
Asas kepada perkara ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW :
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ
Maksudnya: “Berpuasalah jika kamu melihatnya (anak bulan), dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya (anak bulan)”
Riwayat al-Bukhari (1909) dan Muslim (1081)
Isi Kandungan
Kaedah Penentuan Tarikh Hari Raya Aidilfitri
Kaedah penentuan awal Ramadhan di Malaysia adalah menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab (hitungan) berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan) sepertimana yang telah disepakati oleh negara-negara anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Dalam mazhab Imam asy-Syafi’e Rahimahullah, tanda masuk bulan Ramadhan atau bulan Syawal adalah berdasarkan anak bulan yang kelihatan di negara yang mempunyai matla’ yang sama. Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh asy-Syafi’e (2/161)
Matla’ bermaksud kawasan yang berada pada jangka masa waktu terbit dan terbenam matahari serta bulan yang hampir sama, atau lebih mudah difahami, ia bermaksud negara yang berkongsi waktu siang dan malam mereka. Negara Malaysia adalah terletak dalam matla’ Asia Tenggara.
Tempat Cerapan / Tengok Anak Bulan
Dari segi praktisnya, pada petang hari cerapan anak bulan, Jawatankuasa Rukyah Negeri-Negeri yang terdiri daripada Mufti Negeri sebagai ketua rombongan, Ketua Hakim Syar’ie, Pengarah Jabatan Ukur Negeri atau wakilnya yang beragama Islam dan seorang ahli falak akan melaksanakan rukyah hilal di tempat cerapan rasmi di negeri masing-masing.
Tarikh lihat anak bulan berbeza mengikut negara kerana terdapat perbezaan dari segi zon masa.
Tempat cerapan bagi melihat anak bulan ramadhan adalah sebagaimana berikut;
Perlis
- Menara Pandang, Masjid al-Husain, Kuala Perlis
Kedah
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau Pinang
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Perak
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Selangor
- Bukit Melawati, Kuala Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Kuala Lumpur
- Menara Kuala Lumpur
Putrajaya
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Melaka
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri Sembilan
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson
Johor
- Pontian Kecil
Pahang
- Bukit Pelindong, Kuantan
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi
- Gunung Berincang, Cameron Highlands
Terengganu
- Bukit Besar, Kuala Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman
- Pulau Perhentian, Besut
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Kelantan
- Bukit Paraksi, Pasir Puteh
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu
Sarawak
- Esplanade Luak, Miri
- Teluk Bandung, Kuching
- Tanjung Batu, Bintulu
Sabah
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah);
Labuan
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan);
Gambar Anak Bulan
Bagaimana rupa anak bulan?
Pada 13 April yang lalu, Astronomical Society of Brunei Darussalam (PABD) telah merakamkan beberapa photo menarik anak bulan Ramadhan 2021 di Facebook mereka.
Rupa bentuk anak bulan sebagaimana yang dirakamkan dalam lensa mereka adalah seperti berikut;
Wallahua’lam
sumber – theinspirasi.my, muftiwp