Darjat Puasa? al-Umum, al-Khusus, Khusus al-Khusus

Izuan
darjat puasa

Janganlah kita sekadar berpuasa sahaja. Kita perlu berusaha agar puasa kita antara yang paling mantap dan diterima oleh Allah SWT.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin mengklasifikasikan martabat dan darjat puasa ini kepada tiga bahagian:

Puasa al-Umum iaitu hanya menahan perut dan Syahwatnya daripada tuntutan nafsunya sahaja. Ini dikhususkan kepada golongan puasa awwam

Puasa al-Khusus iaitu menjaga pendengaran, penglihatan, percakapan serta seluruh panca inderanya daripada melakukan kemaksiatan dan dosa. Dan martabat puasa ini adalah puasa para Solihin. Mereka ini menundukkan pandangan daripada apa yang membalikkan hatinya daripada mengingati Allah SWT. Menjaga percakapan daripada berbohong, mngumpat, mencela dan memaki. Dan mereka selalu memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan membaca al-Quran.

Puasa Khusus al-Khusus iaitu menjaga hatinya daripada mengingati hal keduniaan. Dan menumpukan sepenuh hatinya hanya kepada Allah SWT dan hari akhirat. Dan memikirkan dunia hanya untuk tuntutan agama sahaja. Dan ini merupakan puasa para Anbia’, Sadiqin dan Muqarrabin.

Enam perkara yang perlu disempurnakan untuk mencapai tahap puasa al-Khusus menurut Imam al-Ghazali:

1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta segala perkara yang boleh menganggu dan dan melalaikan hati dari mengingati Allah SWT.

2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Banyakkan membaca al-Quran, berdiam diri dan berzikir.

3. Menjaga pendengaran dari perkara yang haram dan melalaikan

4. Menjaga anggota badan, tangan dan kaki dari melakukan dosa

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut merasa kenyang. Jika perut kekenyangan bagaimana nk memutuskan syahwatnya, dan tingkatkan ibadat?

6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah SWT, kerana tiada siapa yang mengetahui samada puasanya diterima atau tidak

sumber – mufti wilayah, Buku Panduan Amalan di Bulan Ramadan oleh Jakim

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Darjat Puasa Mengikut Imam al-Ghazali […]