Apakah alamat atau tanda lailatul qadar pada malam itu?
Adapun pokok sujud, air menjadi beku dan sebagainya merupakan cerita yang kita dengar secara umum dan tiada sandaran yang kuat padanya.
Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkanNya.
Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:
Matahari terbit tidak terang dan tidak panas
Antara tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam al-Qadar (Lailatul-Qadar) dan pada siangnya ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya;
“Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan”
(HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7728).
Namun para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda Lailatul Qadar ia tidak mendapat malam tersebut.
Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya.
Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)” (Lihat; Faidhul-Qadier, Imam al-Minawi, syarah hadis no. 7728).
Janganlah kita sibuk mencari tanda lailatul qadar, sehingga terganggu ibadah pada malam itu.
Wallahua’lam
[…] Tanda Malam Lailatul Qadar […]