Kurang Pahala Puasa Jika Lakukan Ini

Izuan
kurang pahala puasa

Ibadat puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga, terdapat beberapa perkara yang perlu diellakkan agar tidak kurang pahala puasa kita.

Seperti sabda Nabi Muhammad SAW :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ

Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar

[Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690][Syeikh Syu’aib menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik]

Jangan lakukan ini agar puasa tidak sia-sia

1. Tidak menjaga pandangan

Elakkan melihat maksiat atau drama kerana kebanyakan pelakon tidak menutup aurat dengan sempurna. Kita perlu berusaha menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta segala perkara yang boleh menganggu dan dan melalaikan hati dari mengingati Allah SWT.

2. Tidak menjaga lisan

Jika sudah terbiasa berkata kasar atau mencarut, jadikan bulan Ramadan ini sebagai waktu untuk berhenti dari perbuatan tersebut. Seeloknya kurangkan bercakap, dan lebihkan membaca al-Quran dan zikir.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” [Riwayat al-Bukhari (6018)]

3. Riak

Maybe ramai yang tak sedar dorang buat benda ni. Tapi tahukah korang ayat-ayat kat bawah ni boleh kurangkan pahala puasa?

  • “Hari ni aku puasa, korang puasa ke?”
  • “Korang berbuka apa? Aku berbuka buffet kat Hotel Pullman je.”
  • “Done terawih / mengaji / tahajjud. Korang dah ke belum?”

Diriwayatkan oleh Bukhari, 1761 dan Muslim, 1946 dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu berkata, Rasulullah sallallahu’alai wa sallam bersabda, “Allah berfirman, ‘Semua amal anak Adam untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.”

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan antara maksud “Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya” ialah :

Bahwa puasa tidak terkena riya sebagaimana (amalan) lainnya terkena riya. Al-Qurtubi rahimahullah berkata, “Ketika amalan-amalan yang lain dapat terserang penyakit riya, maka puasa tidak ada yang dapat mengetahui amalan tersebut kecuali Allah, maka Allah sandarkan puasa kepada Diri-Nya. Oleh karena itu dikatakan dalam hadits, ‘Meninggalkan syahwatnya karena diri-Ku.’ Ibnu Al-Jauzi rahimahullah berkata, ‘Semua ibadah terlihat amalannya. Dan sedikit sekali yang selamat dari godaan (yakni terkadang bercampur dengan sedikit riya) berbeda dengan puasa.

4. Banyak tidur

Para ulama menyebut bahawa tidur sepanjang siang hari pada bulan Ramadhan adalah termasuk daripada perkara yang dimakruhkan. Imam al-Hattab al-Maliki menyebut di dalam kitabnya, di antara perkara makruh ketika berpuasa adalah banyak tidur pada siang hari di bulan ramdhan. (Lihat, Mawahib al-Jalil, 2/415)

man in black jacket and blue denim jeans lying on brown leather couch

5. Tidak berlebihan ketika berbuka

Antara tujuan puasa ialah untuk melemahkan hawa nafsu supaya kita dapat beramal sebanyak-banyaknya sepanjang bulan Ramadan.

Elakkan berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut merasa kenyang. Jika perut kekenyangan bagaimana nak memutuskan syahwat, dan tingkatkan ibadat?

Wallahua’lam

sumber – islamqa, muftiwp, lobakmerah

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini