Kelebihan Saf Pertama Ketika Solat

Izuan
kelebihan saf pertama

Orang-orang yang alim dan soleh akan sentiasa berlumba untuk mendapatkan kelebihan saf pertama.

Solat di saf pertama mempunyai pelbagai kelebihan antaranya ialah berdasarkan hadith ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُو

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya manusia mengetahui (kebaikan) apa yang terdapat pada panggilan solat dan saf pertama lalu mereka tidak dapat meraihnya melainkan dengan mengundi tentulah mereka akan mengundinya.

Selain itu, Daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصَّفِّ الأَوَّلِ

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kepada mereka yang berada di saf pertama”

Sunan Ibn Majah (999)

Imam Al-Munawi Rahimahullah mengatakan, selawat yang dimaksudkan oleh hadith di atas ialah dengan memohon pengampunan untuk mereka.

Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali. Daripada ‘Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali. (Riwayat Ibnu Majah)

Mukmin sejati akan mengejar kelebihan saf pertama

Bersegera menuju masjid merupakan salah satu ciri seorang mukmin sejati, mereka bersemangat untuk bertemu Rabb-nya dan melakukan ibadah. Jika waktu solat telah tiba, hendaklah kita bersegera menuju masjid kerana di dalamnya terdapat ganjaran yang amat besar. Marilah sentiasa berusaha untuk mendapatkan kelebihan solat di saf pertama.

Wallahua’lam

sumber – muftiwp, people.utm.my

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini