Kelebihan Bulan Sya’ban

Izuan
puasa sya'ban jakim

Apa kelebihan Bulan Sya’ban?

Mesti ramai tak tahu kan, jadi pada artikel ini saya akan kongsi beberapa keutamaan bulan Sya’ban dan amalannya.

 Bulan Sya’ban adalah bulan yang datang antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan.

Hadis Kelebihan Bulan Sya’ban

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:

قَالَ : “ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ”.

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]

Antara amalan sunat bulan Syaaban ialah puasa sunat Bulan Sya’ban.

Hadith daripada Aisyah RA, beliau berkata:

كانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يصومُ حتَّى نقولَ لا يُفطِرُ ويُفطِرُ حتَّى نقولَ لا يصومُ وما رأيتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ استَكملَ صيامَ شَهرٍ قطُّ إلَّا رمضانَ وما رأيتُه في شَهرٍ أكثرَ صيامًا منهُ في شعبانَ

Maksudnya: “Baginda SAW biasanya berpuasa sehingga kami katakan bahawa baginda tidak akan berbuka (berpuasa terus). Dan baginda SAW apabila berbuka sehingga kami katakan bahawa beliau akan terus berbuka (tidak berpuasa terus). Dan aku tidak melihat baginda SAW menyempurnakan puasanya sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa (puasa sunat) dalam sebulan yang lebih banyak melainkan ketika baginda SAW berpuasa pada bulan Sya’ban”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1833 dan Muslim no. Hadith 1956]

Tapi ada satu hari haram puasa Sya’ban iaitu pada Hari Syak Syaaban pada 30 Sya’ban.

Sebagai peringatan, dalam semangat ketika melakukan amalan, perlu berjaga-jaga juga dengan hadis palsu berkaitan bulan Sya’ban juga.

Doa Bulan Sya’ban

doa bulan sya'ban
Doa Bulan Sya’ban Arab

Malam Nisfu Sya’ban

Pada bulan ini juga ada satu hari yang dimuliakan iaitu Nisfu Syaaban pada tanggal 15 Sya’ban. Pada malam itu afdhalanya jika kita tingkatkan amalan sempena malam Nisfu Sya’ban.

malam nisfu Sya'ban

Janganlah kita menjadi orang yang rugi dengan membiarkan bulan Sya’ban berlalu begitu sahaja, jom sama-sama meraih keistimewaan bulan Sya’ban.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini