Imam Tirmizi

Imam Tirmizi adalah seorang ilmuan Islam yang masyhur. Beliau merupakan pengarang kitab Al Jami'(Sunan at-Tirmizi) dan Syamail Muhammadiyah
Nama dan Gelaran
Imam al-Hafiz Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin ad-Dahhak al Sulami al Dharir Al Bughi at-Tirmizi, salah seorang ahli hadith lahir pada 209H di kota Tirmiz(sebuah bandar di Uzbekistan).

Beliau juga dikenali sebagai :
Sejarah Kehidupan Imam Tirmizi
Sebahagian pengkaji menyatakan Imam Tirmizi berasal dari Mirwaz, kemudian berpindah ke Tirmiz dan menetap di sana. Semenjak kecil beliau amat gemar mempelajari ilmu dan mencari hadith.
Oleh itu, beliau telah mengembara ke pelbagai negeri antaranya Hijaz, Iraq, Khurasan dan lain-lain. Dalam pengembaraannya itu beliau banyak mengunjungi ulama-ulama besar dan guru-guru hadith untuk mendengar hadith, menghafal dan mencatitnya dengan baik.
Setelah menjalani perjalanan panjang untuk belajar, mencatat, berdiskusi, mengajar, menyumbang dan mengarang, pada akhir kehidupannya beliau telah menjadi buta.
Beliau telah wafat di Tirmiz pada malam Isnin 13 Rejab Tahun 279H pada usia 70 tahun.
Guru-Gurunya
Beliau belajar dan meriwayatkan hadith dari ulama-ulama yang terkemuka. Di antaranya adalah:
1. Imam Bukhari (hadith dan fiqh)
2. Imam Muslim
3. Abu Dawud
Guru-guru beliau yang lain ialah Qutaibah bin Sa’id, Ishaq bin Musa, Mahmd bin Gailan, Said bin ‘Abdur Rahman, Muhammad bin Bahsyar, ‘Ali bin Hajar, Ahmad bin Muni’ dan Muhammad bin Al-Musanna.
Murid-Murid Beliau
- Makhul Ibnul-Fadl
- Muhammad bin Mahmud ‘Anbar
- Hammad bin Syakir
- ‘Ubaid bin Muhammad an-Nasfiyyun
- Ahmad bin Yusuf An-Nasafi
Karya-Karyanya
Wallahua’lam