Ada orang cakap haram makan berdiri, ada yang cakap makruh dan ada yang cakap harus. Jadi yang mana satu hukumnya?
Jom lihat beberapa dalil tentang perkara ini:
Hadith Nabi SAW:
لا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائِمًا فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ
Maksudnya: Jangan sekali-kali kalian minum sambil berdiri; siapa yang terminum sambil berdiri dalam keadaan terlupa hendaklah dia memuntahkannya kembali
Sahih Muslim (2026)
Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik R.A menyatakan:
عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا . قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْنَا فَالأَكْلُ فَقَالَ ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)? Anas menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela.
Sahih Muslim (2024)
Namun demikian, terdapat juga beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Nabi SAW sendiri pernah minum sambil berdiri, dan sahabat sendiri pernah makan dan minum sambil berdiri atau berjalan.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:
سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ
Maksudnya: Aku pernah menghidangkan air zam-zam kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW minum dalam keadaan berdiri.
Sahih Muslim (2027)
Maka para ulama’ telah membahaskan perkara ini dan terdapat pelbagai pendapat:
1. Haram
Ibn Hazm dan para ulama mazhab Zahiri yang lain berpandangan makan dan minum sambil berdiri adalah haram, dan hadith-hadith yang mengharuskan telah dimansukhkan oleh hadith-hadith yang melarang. Begitu juga Ibn Taimiyyah yang mengharamkannya kecuali dalam keadaan-keadaan darurat yang memerlukan. (Rujuk Al-Muhalla 7/519-520 dan Majmu’ al-Fatawa 32/209)
2. Makruh Tanzihi
Jumhur ulama pula berpandangan hukumnya makruh tanzihi yang tidak sampai ke tahap haram. Hal ini berdasarkan penjelasan oleh para ulama muhaqqiqun yang menjelaskan maksud hadith-hadith yang dinyatakan di atas.
Menurut Imam al-Nawawi, larangan daripada minum dan makan berdiri ini menunjukkan kepada makruh tanzih, dan Rasulullah SAW melakukan hal tersebut semata-mata untuk menunjukkan keharusannya ketika ada keperluan. (Rujuk Syarh Sahih Muslim 13/195 dan Zad al-Ma’ad 2/257)
3. Harus dan tidak makruh
Ini merupakan pandangan pendapat jumhur tabi’in seperti Sa’id bin Jubair, Thaawus, Zaadzaan Abu ‘Umar Al-Kindi, dan Ibrahim bin Yaziid An-Nakha’iy, salah satu pendapat masyhur Imam Ahmad bin Hanbal dan jumhur Malikiyyah. (Rujuk Al-Muntaqa Syarh Al-Muwaththa’ 7/237, ‘Aaridhatul Ahwadziy 8/72-73, Syarh Al-Bukhari oleh Ibnu Baththaal 6/72, Al-Mufhim 5/285-286, Hasyiyyah Al-‘Adawiy 2/609, Fawaakih al-Dawaani 2/319)
Begitu juga Syeikh Zakariyya al-Ansari menegaskan bahawa makan dan minum sambil berdiri tanpa sebarang keperluan tidaklah makruh, cuma ia menyanggahi adab yang lebih utama iaitu duduk (khilaf al-aula). (Rujuk Al-Ghurar al-Bahiyyah 4/214)
Sudut Sains
Makan berdiri boleh menyebabkan perut buncit. Ini kerana ketika makan berdiri, the food that we eat will easily pass through our Gastro Intestinal Tract, hence making us want to eat more. So, not feeling satiety will lead to overeating and make our perut buncit. Sorry because of using English, sebab susah nak explain in Bahasa.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kami berpandangan hukum makan dan minum sambil berdiri hukumnya adalah makruh tanzihi, yang tidak sampai ke tahap haram. Ini berdasarkan kepada tarjih Imam al-Nawawi yang menganggapnya sebagai makruh tanzihi.
Namun begitu, mengambil kira banyaknya hadith yang melarang, dan sebahagian ulama yang mengharamkannya, maka kami menasihati agar menjauhi amalan makan dan minum sambil berdiri ini semampu yang mungkin. Dan jangan lupa untuk menagamalkan adab makan yang lain
dipetik dari laman muftiwp
Wallahu a’lam