Apa Hukum Berbekam, Sunnah ke?

hukum berbekam

Apa sebenarnya hukum berbekam?

Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu.

Berbekam bukanlah sesuatu yang baru dalam agama Islam, kerana terdapat hadith berkenaan ini. Bahkan menjadi perbincangan ulama’ samada hukum berbekam ini sunnah atau tidak.

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุญุฌู…ูŽ ุฃุจูˆ ุทูŠุจูŽุฉูŽ ุฑุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู…ูŽ ุŒ ูุฃู…ุฑูŽ ู„ู‡ ุจุตุงุนู ู…ู† ุชู…ุฑู ุŒ ูˆุฃู…ูŽุฑูŽ ุฃู‡ู„ูŽู‡ู ุฃู† ูŠุฎููู‘ูููˆุง ู…ู† ุฎุฑุงุฌูู‡ู

Maksudnya: โ€œAbu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu shaโ€™ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknyaโ€.

[Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelasan tentang  pembekam, no.Hadith 1960]

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฅู†ูŽู‘ ุฃูุถู„ูŽ ู…ุง ุชุฏุงูˆูŠุชูู… ุจูู‡ ุงู„ุญุฌุงู…ุฉูŽ ุฃูˆ ุฅู†ูŽู‘ ู…ู† ุฃู…ุซู„ู ุฏูˆุงุฆููƒู…ู ุงู„ุญุฌุงู…ุฉูŽ

Maksudnya: โ€œSesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekamโ€ atau โ€œSebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekamโ€.

[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุงุญุชุฌู… ุงู„ู†ุจูŠูู‘ ุตู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ูŽู‘ู…ูŽ ููŠ ุงู„ุฃุฎุฏุนูŽูŠู’ู†ู ูˆุจูŽูŠู†ูŽ ุงู„ูƒูŽุชูููŽูŠู’ู†ู

Maksudnya: โ€œNabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunyaโ€.

[Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠูŽู‘ ุตู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ูŽู‘ู… ุงุญุชุฌูŽู… ูˆู‡ูˆ ู…ูุญุฑูู…ูŒุŒ ูˆุงุญุชุฌูŽู… ูˆู‡ูˆ ุตุงุฆู…ูŒ

Maksudnya: โ€œ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasaโ€.

[Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. 1802] 

Kesimpulan hukum berbekam berdasarkan hadith-hadith di atas

  1. Jumhur ulamaโ€™ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam  kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram.
  2. Berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA.
  3. Berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.

Hukum berbekam

Terdapat sebahagian para ulamaโ€™ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secara mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak.

Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk โ€œal-Sunnah al-Nabawiyyah berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian

Maka, boleh disimpulkan bahawa berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi.

Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Wallahua’lam

sumber – muftiwp

Artikel Berkaitan:

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments