Maksud Hadis Dhaif

Izuan
hadis dhaif

Apa maksud hadis dhaif?

Hadis Daif atau dikenali juga sebagai hadis lemah ialah hadis yang mempunyai masalah pada perawinya.

Hadis dha’if pada istilah ialah :

  • Kata Ibn Hajar: “Hadith Dhaif ialah hadith yang sifat-sifat penerimaan (syarat-syarat hadith Sahih dan Hasan) tidak ada padanya”.

Ciri-Ciri Hadis Dhaif

Dhaif berat

Antara syarat hadith Dhaif berat:

  • Hadith yang direka-reka.
  • Hadith yang datang daripada jalur perawi yang berdusta.
  • Hadith daripada perawi yang fasiq.
  • Hadith daripada perawi ahli bid’ah mukaffirah (yang membawa kepada kekufuran)

Dhaif ringan

Antara syarat hadith Dhaif ringan:

  • Perawi yang meriwayatkan hadith itu majhul (tidak dikenali)
  • Perawi di dalam sanad hadith tersebut bersifat dhaif (lemah) yang ringan tetapi dengan syarat bahawa dhaif tersebut adalah bersifat muhtamil (berkemungkinan)

Hukum Beramal Dengan Hadis Dhaif

Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan adakah hadith dha’if menjadi hujah di dalam hukum dan boleh diamalkan di dalam fadhail al-‘Amal (kelebihan amalan-amalan) :

Pertama : Hadith dha’if tidak boleh diamalkan secara mutlak dan tidak boleh dijadikan hujah di dalam hukum dan juga fadhail al-‘Amal.

Kedua : Hadith dha’if  hanya boleh diamalkan di dalam fadhail al-‘Amal dan tidak menjadi hujah di dalam hukum. Ini merupakan pendapat jumhur ulama’ tetapi para ulama’ telah meletakkan beberapa syarat untuk beramal dengan hadith dha’if. Antaranya ialah :

  • Tidak terlalu dha’if.
  • Terdapat asal bagi amalan tersebut.
  • Tidak beri’tiqad ketika beramal dengannya bahawa Nabi SAW melakukannya.
  • Beramal dalam perkara-perkara yang melibatkan fadhail al-A’mal sahaja.

Contoh hadis dhaif yang popular

… وَالصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ وَالطُّهُورُ نِصْفُ الْإِيْمَانِ

“Puasa itu setengah kesabaran dan kesucian itu setengahnya iman“.

Dhaif. Hadits ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, no. 3519 dalam Kitab ad-Dâ’awât, juga diriwayatkan oleh imam Ahmad dalam Musnad beliau rahimahullah (4/260 dan 5/363) lewat jalur periwayatan Juraisy an-Nahdy dari seorang laki-laki bani (suku) Sulaim.

Sanad hadits ini dha’if, karena Juraisy bin Kulaib ini adalah seorang yang majhûl (tidak dikenal), sebagaimana dikatakan oleh Imam Ibnul Madini rahimahullah (lihat, Tahdzîbut Tahdzîb, 2/78 karya Ibnu Hajar rahimahullah).

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini