Maksud Hadis Sahih

Izuan
hadis sahih

Apa maksud Hadis Sahih?

Hadis Sahih adalah salah satu daripada jenis-jenis hadith yang melibatkan sanad dan juga matan dalam sesebuah hadith. Selain hadis sahih terdapat juga hadis hasan, hadis daif dan hadis maudu’.

Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit dan selamat daripada syaz(keganjilan) dan juga kecacatan.

Syarat Hadis Sahih

1. Sanad yang bersambung.

 Saand bermaksud rangkaian perawi untuk sampai kepada matan hadith.

Sanad sesebuah hadith itu perlulah bersambung dari awal sehingga ke akhir serta wujudnya pertemuan atau sezaman di antara perawi-perawi di dalam rangkaian sanad. Tambahan pula, tidak wujud penghalang di antara perawi daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat.

2. Adil dan bermaruah.

Sifat adil yang dimaksudkan adalah perawi-perawi yang bertaqwa serta menjauhi perkara-perkara yang fasiq dan bid’ah.

3. Mempunyai dhabit yang sempurna.

Dhabit pula bermaksud orang yang kuat dan sempurna hafazhannya, selamat daripada melakukan kesalahan dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya pada bila–bila masa yang dikehendaki.

4. Tidak syaz.

Hadith atau riwayat tersebut tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah daripadanya. Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadith atau riwayat lain yang lebih thiqah daripadanya.

5. Tidak ada ‘illah.

Riwayat atau hadith selamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadith yang terkandung di dalam sanadnya perawi yang fasiq atau pemalsu dan pendusta hadith.

Hukum Hadis Sahih

Kita wajib menerima dan beramal dengannya serta ia adalah hujjah di dalam agama berdasarkan ijma’ ahli ilmu.

Contoh Hadis Sahih

Hadith sahih boleh dilihat di dalam dua buah kitab atau karya yang agung iaitu Sahih Bukhari dan juga Sahih Muslim yang telah menjadi ijma’ umat ini akan kesahihan hadith-hadith yang terdapat di dalam kedua kitab tersebut. Ini kerana, kedua buku hadis sahih ini merupakan koleksi hadis sahih daripada Rasulullah SAW.

Antara himpunan hadis sahih yang terkenal ialah 40 Hadis Sahih Imam Nawawi. Download hadis sahih pdf di sini.

Sumber : muftiwp

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini