Doa Buka Puasa Rumi

Izuan
doa buka puasa

Apakah doa buka puasa sunnah nabi?

Di Malaysia secara umumnya ramai berdoa dengan lafaz ini:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Allahumma Laka Shumtu Wa Alla Rizqika Aftartu

“Ya Allah karena-Mu aku berbuka puasa dan atas rizqi dari-Mu aku berbuka”

 [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]

Terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:

  • Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah”. [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]

Kesimpulannya

Kami berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi, jika ingin dilihat dari sudut status hadith, doa yang kedua lebih sahih dari sudut sanadnya berbanding hadith yang pertama.

Wallahua’lam

sumber – muftiwp, ikimfm

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini