5 Cara Rasulullah Minum Air

Izuan
cara rasulullah minum

Bagaimanakah cara Rasulullah minum yang sebenarnya?

1. Dalam Keadaan Duduk

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik R.A menyatakan:

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا ‏.‏ قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْنَا فَالأَكْلُ فَقَالَ ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ

MaksudnyaSesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)? Anas menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela.

Sahih Muslim (2024)

2. Bernafas Tiga Kali

Daripada Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلَاثًا، وَيَقُولُ: إِنَّهُ أَرْوَى وَأَبْرَأُ وَأَمْرَأُ، قَالَ أَنَسٌ: فَأَنَا أَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلَاثًا

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda SAW bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.” [Riwayat Muslim (2028)]

Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini di dalam bab kemakruhan bernafas di dalam bekas dan sunat bernafas di luar bekas minuman sebanyak tiga kali. Hadith ini juga menunjukkan larangan bernafas di dalam bekas minuman. Tambahan pula hadith ini bermaksud dengan mengikuti cara Nabi SAW ini akan menyelamatkan kita daripada penyakit dahaga dan dikatakan juga terselamat daripada penyakit yang datang disebabkan meminum dengan satu nafas. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 198-199/13]

3. Berdiri

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ

Maksudnya: Aku pernah menghidangkan air zam-zam kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW minum dalam keadaan berdiri.

Sahih Muslim (2027)

Maka cara manakah yang lebih afdhal, duduk atau berdiri. Penjelasannya ada di artikel ini –Hukum Minum Atau Makan Berdiri

4. Membaca Bismillah

Kebiasaan Rasulullah SAW ialah membaca Bismillah ketika hendak makan atau minum, dan mengucapkan Alhamdullillah setelah selesai. Dan janganlah mencela minuman itu jika ianya tidak sedap, seeloknya diam sahaja.

5. Menggunakan Tangan Kanan

Jadikan kebiasaan mengangkat cawan berisi air dengan tangan kanan. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri telah berpesan agar sentiasa mengutamakan yang kanan. Bukan sahaja meminum malahan makan, berpakaian memakai kasut dan menaiki kenderaan

Alhamdulillah, semoga kita dapat mencontohi cara Rasulullah minum agar mendapat berkat Ilahi.

Wallahua’lam

sumber – muftiwp

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini