Adab Selawat kepada Rasulullah, Cara yang Dianjurkan

Bagaimanakah adab selawat kepada Rasulullah?
Selawat berasal dari bahasa Arab yang bermaksud doa.
Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi kami”.
Menurut sebahagian ahli tafsir, صلاة الله على رسوله (Allah berselawat ke atas rasulnya) bermaksud; Allah memuji Rasul dan memberkatinya. Allah S.W.T telah memerintah hambanya yang beragama Islam supaya berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu ke atas baginda dengan selawat yang sebaik-baiknya”.
Ayat di atas menerangkan bahawa Allah S.W.T dan para malaikat telah berselawat ke atas rasulnya, selepas itu Allah S.W.T memerintahkan hambaNya berselawat ke atas nabiNya Muhammad s.a.w sebagaimana yang telah dilakukan oleh Allah S.W.T dan para malaikat.
Selawat Nabi Yang Ringkas
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Dari hadis An-Nasae’i: 1292, sahih.
Selawat Yang Paling Afdal
Selawat Ibrahimiyyah kerana ianya disandarkan kepada hadith sahih.
Tetapi ada juga perbahasan-perbahasan berkenaan penggunaan lafaz Saidina dan Selawat yang dikarang oleh Orang2 soleh, contohnya Selawat Fatih dan Selawat Tafrijiyyah.
Adapun itu termasuk perkara yang menjadi khilaf di kalangan ulama’, maka saya tidak akan membincangkannya di sini.
Adab Selawat
Marilah kita bersama-sama berusaha untuk berselawat dengan penuh adab, hati yang hadir, sepenuh hati supaya kita dapat bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW, insan yang paling sempurna akhlaknya dan teramat sayang akan umatnya. InsyaAllah.
والله أعلم