3 Bayi Yang Berkata-Kata Menurut Al-Quran dan Hadis

Izuan
bayi berkata-kata

Ada ke bayi boleh yang berkata-kata ketika kecil, perkara ini kelihatan mustahil bagi akal, tetapi tiada yang mustahil bagi Allah.

Nabi S.A.W bersabda:

“Tidak ada bayi yang dapat berkata-kata ketika masih dalam buaian kecuali tiga orang bayi. Tiga orang itu ialah Isa anak Maryam, bayi yang membela Juraij dan bayi yang menyusu pada ibunya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

1. Nabi Isa berkata untuk menjawab fitnah

Allah SWT berfirman dalam QS. Maryam ayat 27-30 yang artinya:

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! (27)

“Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!” (28)

 Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?” (29) 

Berkata Isa: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. (30)

2. Bayi yang membela Juraij

Juraij seorang ahli ibadat yang sangat taat.  Dia telah yang membina surau sebagai tempatnya beribadat. Suatu hari, ketika  dia sedang bersolat, ibunya datang dan memanggilnya di surau itu.

Lalu dia berkata (di dalam hatinya): “Aku menyahut panggilannya atau meneruskan solat?”. Namun, dia memutuskan untuk meneruskan solatnya.

Ibunya lalu berkata: “Ya Allah, janganlah Engkau matikan dia sehinggalah Engkau perlihatkan kepadanya wajah-wajah pelacur-pelacur.”

Ketika Juraij berada di sauma`ah (tempat ibadat) nya. Seorang wanita telah menawarkan dirinya dan merayunya. Tetapi Juraij menolak. Setelah itu, wanita berkenaan mendatangi seorang penggembala lalu dia memberi izin untuk bersamanya (berzina). Kemudian, wanita itu melahirkan seorang bayi lelaki.

Wanita itu berkata: “(Anak ini) daripada Juraij.” Lalu orang ramai mendatangi Juraij dan merobohkan sauma`ahnya. Mereka menurunkannya dan mencaci maki beliau.

Juraij berwuduk dan bersolat kemudian dia pergi kepada bayi tersebut dan bertanya: “Siapakah bapamu wahai budak?” Bayi itu berkata: “Penggembala!”

Orang kampung berasa sangat malu dan meminta maaf. Kemudian mereka bertanya: “Adakah (kamu mahu) kami bina semula sauma`ah engkau daripada binaan emas?” Dia menjawab: “Tidak, cukuplah dengan tanah sahaja.”

3. Bayi yang menyusu

(Ketiga) Seorang wanita daripada kalangan Bani Israil sedang menyusukan anaknya. Kemudian seorang penunggang kuda yang kacak lalu di hadapannya. Lantas dia berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini sepertinya.”

Namun, bayi tersebut berdoa agar dia tidak menjadi seperti lelaki itu. Kemudian, melintas pula seorang perempuan dengan wajah pucat dan kepenatan kerana dikejar oleh orang ramai. Mereka berteriak menyatakan wanita itu pencuri dan penzina. Dalam kepayahan untuk bernafas dan kesakitan, dia berdoa kepada Allah.

Ibu itu berdoa agar anaknya tidak menjadi seperti itu. Namun, anak itu berdoa dia mahu menjadi seperti wanita tersebut.

Wanita berkenaan bertanya: “Kenapa pula begitu?” Lantas bayi itu berkata: “Penunggang kuda tadi adalah salah seorang daripada orang yang kejam. Manakala hamba perempuan itu, orang mengatanya mencuri dan berzina, sedangkan dia tidak melakukannya.”

2 Bayi Yang Tidak Disebut Dalam Hadis

Walaupun tidak disebut dalam hadis, terdapat kisah tentang dua lagi bayi yang boleh bercakap iaitu:

1. Bayi kisah Ashabul Ukhdud

Kisah Ashabul Ukhdud(Para Pembuat Parit) disebut dalam al-Quran pada surah al-Buruj. Kisahnya agak panjang, di sini saya hanya cerita part di mana bayi itu berkata-kata sahaja.

Seorang raja yang zalim telah memerintahkan rakyatnya yang beriman dicampak ke dalam parit yang berapi. Antara salah seorang yang akan dicampak ialah seorang ibu bersama bayinya.

Ibu itu berasa serba salah kerana kasihan akan anaknya, pada waktu yang sama tidak sanggup meninggalkan keimanannya. Dengan izin Allah, bayi itu mampu berkata-kata, dia memberitahu ibunya bahawa bertabahlah, sesungguhnya ibu dalam kebenaran. Kemudian kedua-dua dicampak ke dalam api dan mati ketika mempertahankan keimanan mereka.

2. Bayi tukang sikat Firaun

Tukang sikat firaun ini telah dipaksa untuk tidak menyembah Allah, namun beliau masi tetap teguh dalam keimanannya.

Setelah itu anak-anaknya telah di perintahkan supaya dicampak satu persatu ke dalam bekas tersebut di hadapan mata beliau sehingga berakhir dengan anaknya yang masih bayi dan sedang menyusu.

Pada ketika itu perempuan tersebut mula teragak-agak kerana mengenangkan anaknya itu. Tiba-tiba anaknya itu bersuara: Wahai ibu terjunlah, kerana sesungguhnya azab dunia lebih ringan berbanding dengan azab di akhirat, lantas ibunya terjun ke dalam bekas tersebut.

Wallahua’lam

rujukan:

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini