Kisah Mashitah Tukang Sikat Firaun

Izuan
mashitah

Kisah tukang sikat firaun bernama Mashitah atau dieja Masyitah merupakan kisah yang sering menjadi bahan ceramah israk mikraj dan terkenal di kalangan masyarakat kita.

Secara peribadi saya tidak pasti samada kisah ini benar atau tergolong dalam kisah Israiliyyat. Adakah benar namanya Mashitah? Di sini saya sekadar berkongsi dalil daripada website semakhadis.com yang mungkin menjadi rujukan bagi mereka yang menceritakan kisah ini.

Daripada Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: Pada malam saya diisrakkan ke langit, saya telah mencium satu bauan harum, lalau saya berkata kepada Jibril: Bauan harum apakah ini? Jawab Jibril: Ini adalah bauan harum daripada tukang sikat anak perempuan Firaun dan anak-anaknya. Saya berkata; Apa yang berlaku kepada beliau? Jawab Jibril; Pada satu hari ketika dia sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, Dengan nama Allah. Kata anak perempuan Firaun, sikat tersebut telah jatuh daripada tangannya, lantas beliau mengucapkan kalimah: Dengan nama Allah. Kata anak perempuan Firaun: Bapa sayakah yang anda maksudkan? Jawab tukang sikat itu; Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhan Bapa anda ialah Allah. Kata tukang sikat itu lagi: Beritahulah kepada-Nya tentang hal tersebut? Jawab anak perempuan Firaun: Ya.

Setelah anak perempuan Firaun itu memberitahu Firaun apa yang berlaku, Firaun telah memanggil perempuan yang menjadi tukang sikat itu lalu berkata; Wahai si fulanah, adakah benar anda mempunyai Tuhan selain daripada saya? Jawab perempuan itu: Ya, Tuhan saya dan juga Tuhan tuanku ialah Allah. Firaun memerintahkan dibuat satu bekas berbentuk anak lembu daripada menggelegak. Kemudian memanaskan air yang berada di dalamnya sehingga menggelegak. Kemudian perempuan itu diarahkan supaya terjun ke dalam bekas itu bersama dengan anak-anaknya.

Perempuan itu berkata kepada Firaun: Saya mempunyai satu hajat yang ingin saya utarakan kepada tuanku. Jawab Firaun; Apakah hajat itu? Saya ingin agar tuanku menghimpunkan tulang-temulang saya dan tulang-temulang anak-anak saya dalam satu kain dan kebumikanlah kami. Jawab Firaun: Itu adalah hak yang perlu kami lakukan untuk anda. Setelah itu anak-anaknya telah di perintahkan supaya dicampak satu persatu ke dalam bekas tersebut di hadapan mata beliau sehingga berakhir dengan anaknya yang masih bayi dan sedang menyusu.

Pada ketika itu perempuan tersebut mula teragak-agak kerana mengenangkan anaknya itu. Tiba-tiba anaknya itu bersuara: Wahai ibu terjunlah, kerana sesungguhnya azab dunia lebih ringan berbanding dengan azab di akhirat, lantas ibunya terjun ke dalam bekas tersebut. Katanya; Kata Ibn Abbas: Empat kanak-kanak yang bercakap pada masa kecil iaitu Isa bin Maryam, anak dalam kes Juraij, saksi Yusuf dan anak lelaki perempuan yang menjadi tukang sikat Firaun.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Ini adalah hasil kajian Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim and Prof. Madya Dr. Rohaizan bin Baru and Ustaz Abdul Wahid bin Salleh,

Dan dikatakan Asiah isteri Firaun kemudiannya menyatakan keimanannya setelah melihat tukang rambut, Mashitah yang berani mempertahankan pegangannya sehingga saat-saat akhir.

Adakah kisah ini sahih, sila bertanya kepada mereka yang lebih alim. Semoga ada pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah ini.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini