Kisah Asiah Isteri Firaun

Izuan
asiah isteri firaun

Siapakah Asiah binti Muzahim, mengapa kita perlu tahu tentang beliau?

Dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadis baginda, sabda baginda:

“Wanita penghuni syurga yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiah binti Muzahim isteri Firaun.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Berdasarkan hadis di atas, Asiah binti Muzahim ialah wanita mulia yang diangkat darjatnya oleh Allah SWT dan tergolong antara empat wanita yang paling utama dalam Islam.

Biodata Asiah

Asiah binti Muzahim, dieja juga Asiyah atau Asiya ialah isteri kepada Firaun, ibu angkat kepada Nabi Musa. Diceritakan Asiah ialah seorang wanita yang cantik dan indah akhlaknya, budi pekertinya telah menarik perhatian Firaun.

Firaun memperisterikan Asiyah dan membawanya tinggal di istana. Walaupun Asiyah dikelilingi harta yang banyak, beliau tidak gila harta, dan tetap merendah diri. Sampai suatu ketika, Asiyah mendapat hidayah melalui dakwah Nabi Musa dan Nabi Harun dan memilih untuk menyembah Allah.

Ketika mana cinta kepada Allah telah masuk ke dalam hati, maka harta dan dunia sudah hilang kemanisannya.

“Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata; “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.”

(at-Tahrim : 11)

Doa Asiah ini dirakamkan oleh Allah S.W.T bagi memberikan gambaran bahawa kesenangan dan kebahagiaan hidup ini bukanlah di dunia semata-mata, tetapi ganjaran di akhirat adalah lebih utama.

Asiah dan Nabi Musa

38. Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya

39. Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

(Surah Taha : 38-39)

Ayat di atas menerangkan perihal ibu Nabi Musa yang meletakkan Nabi Musa ke dalam peti dan dilepaskan ke sungai. Dengan izin Allah, peti itu hanyut berhampiran istana Firaun, dan dijumpai oleh dayang istana. Setelah dibawa kepada Asiah, telah timbul rasa sayang terhadap Musa as, lalu Asiah pun mengasuhnya sejak kecil.

Beliau kemudian beritahu kepada Firaun tentangnya. Peristiwa ini termaktub di dalam Al-Quran.

Dan berkatalah isteri Firaun: “(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

— Quran: Surah Al-Qasas, ayat 9

Asiah Wafat

Asiah meninggal dunia ketika mempertahankan pegangan tauhid bahawa tiada Tuhan selain Allah. Walaupun diseksa dengan teruk oleh Firaun, Asiyah tidak goyah keimanannya. Kematian Asiah ini menjadi inspirasi dan penagajaran bagi kita untuk mempertahankan keimanan walau sehebat mana ujian menerpa.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini