Rasulullah SAW juga manusia seperti kita, berikut merupakan beberapa jenis makanan Rasulullah SAW sukai.
Isi Kandungan
1. Cuka
Rasulullah Saw bersabda, “Sebaik-baik lauk adalah cuka.” (HR. Muslim No.3823)
Rasulullah juga bersabda, “Ya Allah, berkahilah cuka, karena ia adalah lauk para nabi sebelumku.” (HR. Ibnu Majah No.3318)
Ini bukanlah sesuatu yang aneh, kerana cuka mempunyai banyak manfaat kesihatan. Cuka adalah satu bahan perasa yang dibuat daripada pelbagai bahan yang manis dan berkanji melalui proses fermentasi alkohol dan fermentasi asetik. Cuka asli dibuat daripada buah-buahan yang sangat tinggi karbohiderat seperti buah anggur, epal, delima dan nira kelapa
2. Daging
Daging kambing merupakan daging yang Baginda SAW sukai, terutama sekali bahagian kaki ataupun paha.
Kesukaan Rasulullah terhadap daging kambing ini pun diriwayatkan Abu Hurairah ra:
“Kami pernah bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah undangan. Kemudian dibawakanlah paha kambing dan Beliau menyukainya. Kemudian Beliau menggigitnya satu gigitan,” (HR. Bukhari 3340 dan Muslim 501)
3. Minyak Zaitun
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik. Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.
Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala.
4. Buah Labu
Satu kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik:
“Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah dijemput ke jamuan makan oleh seorang tukang jahit dan aku pergi bersama baginda. Tuan rumah menghidangkan roti gandum, kuah berisi labu, dan daging. Aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم mencari-cari labu di dalam piring hidangan. Sejak itu, aku menyukai labu.”
(Riwayat Muslim)
5. Kurma adalah antara makanan Rasulullah yang terkenal
Wallahua’lam