Subhanallah, betapa hebatnya Islam, sehinggakan adab makan dalam Islam pun diajar oleh Rasulullah SAW.
Barangsiapa yang mengikut sunnah ketika makan ini, nescaya diberkati makanannya dan dikurniakan kesihatan tubuh badan, insyaAllah.
Isi Kandungan
- 1. Membasuh tangan sebelum dan selepas makan
- 2. Mulakan dengan Bismillah
- 3. Gunakan tangan kanan
- 4. Adab makan minum dalam keadaan duduk
- 5. Makan berjemaah
- 6. Mengambil makanan yang berhampiran
- 7. Larangan mencela makanan
- 8. Tidak bersandar ketika makan
- 9. Menjilat jari setelah makan
- 10. Membaca doa selepas makan
1. Membasuh tangan sebelum dan selepas makan
Syaikhul Islam Ibn Qudamah menyatakan bahawa :
Maksudnya : “Antara adab-adab makan ialah disunatkan untuk membasuh kedua-dua tangan sebelum makan dan selepasnya, sekalipun dia sudah (berada dalam keadaan) berwuduk. Al-Marruzi berkata : Aku melihat Abu Abdillah membasuh kedua tangannya sebelum makan dan selepasnya, sekalipun dia sudah berwuduk.” (Lihat al-Mughni, 7/289)
2. Mulakan dengan Bismillah
Teringat ketika kecil, ibu dan ayah selalu cakap “sape tak baca bismillah nanti makan dengan syaitan”
Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah ( ‘Bismillah’ ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ ”
(HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
3. Gunakan tangan kanan
Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dan minum menggunakan tangan kanan.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
4. Adab makan minum dalam keadaan duduk
Ketika makan hendaklah duduk dengan tenang supaya mudah proses pencernaan berlaku.
Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik R.A menyatakan:
عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا . قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْنَا فَالأَكْلُ فَقَالَ ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)? Anas menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela.
Sahih Muslim (2024)
Namun demikian, terdapat juga beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Nabi SAW sendiri pernah minum sambil berdiri, dan sahabat sendiri pernah makan dan minum sambil berdiri atau berjalan.
5. Makan berjemaah
Sunat makan secara berjamaah kerana banyak keberkatan yang terkandung didalamnya. Kadang-kadang sebab berkongsi makanan, dengan makanan yang sedikit pun merasa cukup.
Rasulullah SAW bersabda: “Berkumpullah ketika makan dan sebutlah nama ALLAH (Bismillah)! Nescaya Dia akan memberkati makanan kamu.”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
6. Mengambil makanan yang berhampiran
Adab makan di rumah orang biasanya, ialah makan makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan yang lain.
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah SAW, dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah SAW berkata: “Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah’, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu.”
(HR Bukhari dan Muslim)
7. Larangan mencela makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan”
(HR Bukhari dan Muslim)
Dengan cara ini, orang yang menyediakan makanan tidak tersinggung dengan kita. Sungguh indah sunnah Rasulullah ketika makan.
8. Tidak bersandar ketika makan
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah SAW bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)
9. Menjilat jari setelah makan
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)
10. Membaca doa selepas makan
Adab makan mengikut adab Melayu pula, kalau makan guna sudu, garpu, sudu mangkuk tu kalau boleh jangan sengaja laga-lagakan bagi berbunyi. Sebab ni memang nampak kurang sopan dan kasar.
Pastu, kalau makan keropok, kerepek, ayam goreng rangup, petai ke apa ke yang memang jenis kalau kita gigit berbunyi tu boleh diterima lagi. Tapi ni kalau jenis makan mecap ni yang bila makan bunyi “cap cap cap” ni, memang tak elok, nampak kurang beradab pada masyarakat kita.
Bagi mereka yang berminat nak belajar adab makan, kadang-kadang kumpulan tabligh selalu buat muzakarah adab makan, nampak simple, tapi besar manfaatnya. Semoga kita semua dapat istiqomah dalam melaksanakan sunnah makan.
Wallahua’lam
sumber – shafiqolbu, muftiwp
[…] 10 Adab Makan Mengikut Sunnah […]
[…] 10 Adab Makan Mengikut Sunnah […]
[…] 10 Adab Makan Mengikut Sunnah […]
[…] Semoga kalian semua dapat mengamalkan doa makan rumi dan menghayati maksudnya. Doa makan merupakan salah satu adab makan dalam Islam. […]