Jika kita cinta seseorang, pasti kita ingin tahu segalanya tentang dia, maka sebagai tanda cinta kepada Baginda, jom belajar tentang pakaian Rasulullah SAW.
Setiap orang ada preferences masing2 ketika memilih pakaian, begitu juga Rasulullah SAW.
Secara umumnya, istilah Qamis berasal dari perkataan bahasa Arab = قميص, yang bermaksud baju berlengan panjang seakan-akan jubah.
- Lengan qamis itu sehingga ke pergelangan tangan, panjangnya tidak melebihi betis.
- Pakaian Rasulullah dibuat daripada kain kasar, dan baginda tidak mempunyai koleksi baju yang banyak. Baginda SAW hanya mempunyai beberapa baju dan akan memakainya sehingga lusuh.
Daripada Abu Bardah RA daripada bapanya berkata: “Aisyah RA telah menunjukkan kepada kami sehelai kain sarung yang telah lusuh sambil berkata bahawa Rasulullah SAW ketika wafatnya memakai pakaian ini.”
(Riwayat al-Bukhari)
Antara warna pakaian Rasulullah SAW ialah warna hijau dan putih
Kita sebagai umatnya amatlah digalakkan memakai pakaian berwarna putih, ini berdasarkan hadith:
Salah satunya hadis yang diriwayatkan Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas RA. Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kalian memakai pakaian putih semasa hidup kalian, dan kafanilah yang mati di antara kalian dengannya (warna putih), sebaik-baik pakaian kami adalah warna putih.”
- Baginda juga memakai kain bertampal seperti cara pakaian para hamba.
Apabila seorang lelaki memakai apa sahaja pakaian yang tidak melebihi kedua buku lalinya, ia merupakan sunah yang mulia. Ini dipanggil sebagai “isbal”.
Tetapi haruslah kita ingat bahawa sebaik-baik pakaian ialah taqwa seperti mana disebut dalam Al-Quran:
يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.”
(QS. Al-A’raf: 26).
Kesimpulannya
Umat Islam seharusnya pakai pakaian yang terbaik, bersih dan kemas. Tetatpi jangan sibuk mencantikkan pakaian zahir sahaja, pakaian batin pun perlu bersih dan suci juga, bahkan lebih penting.
Wallahua’alam
sumber – sinarharian, shafiqolbu
[…] Ciri-Ciri Pakaian Rasulullah […]
[…] Ciri-ciri Pakaian Rasulullah SAW […]