7 Cara Turun Wahyu Ilahi

Izuan
Cara turun wahyu

Tahukah anda, terdapat pelbagai cara turun wahyu kepada Rasulullah SAW.

Perkataan “Wahyu” adalah berasal dari kata dalam bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “awha” bermaksud; inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang. Secara umumnya,Wahyu ialah perintah atau kata-kata Allah (كلام الله) SWT yang disampaikan kepada para rasul-Nya.

Cara Turun Wahyu Menurut Ibnul Qayyim:

Pertama, mimpi yang benar.

Dan inilah permulaan wahyu yang diterima oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagaimana keterangan Aisyah radhiyallahu ‘anha,

Awal permulaan wahyu yang datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah mimpi yang benar ketika beliau tidur.. setiap kali beliau bermimpi, beliau melihat seperti fajar subuh…

(HR. Bukhari 3 & Muslim 422)

Kedua disampaikan malaikat ke hati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Seperti sabda Bagunda shallallahu ‘alaihi wa sallam,

إنّ رُوحَ الْقُدُسِ نَفَثَ فِي رَوْعِي أَنّهُ لَنْ تَمُوتَ نَفْسٌ حَتّى تَسْتَكْمِلَ رِزْقَهَا

Sesungguhnya Ruh Kudus (Malaikat Jibril) membisikkan dalam hatiku, bahwa siapapun jiwa tidak akan mati sampai dia menghabiskan semua jatah rizkinya. 

(HR. Abdurrazaq dalam Mushannaf, 20100)

Ketiga Jibril mendatangi Rasulullah dalam bentuk manusia. Pada keadaan ini, para sahabat turut dapat melihat Jibril, contohnya seperti dalam hadis tentang islam, iman dan ihsan.

Keempat,melalui bunyian seperti deringan loceng.

Cara ini yang paling berat bagi Rasulullah untuk menerimanya, sehinggakan :

  • Dahi Baginda mencucur keringat walaupun di hari yang terlalu dingin.
  • Tunggangannya sekali turut bersimpuh ke bumi.
  • Suatu ketika paha Baginda di atas paha Zaid bin Thabit, Zaid terasa berat sangat.

Kelima Baginda melihat malaikat Jibril dalam bentuknya yang asli, lalu diwahyukan kepadanya sekehendak Allah, cara ini terjadi kepada Baginda dua kali, seperti mana Allah menyebutnya di dalam surah al-Najm.

Keenam wahyu yang Allah sebutkan ketika beliau berada di atas langit yang ketujuh. Beliau mendapatkan kewajiban shalat 5 waktu.

Ketujuh Percakapan Allah secara langsung kepadanya tanpa perantaraan Malaikat seperti mana Allah berbicara dengan Musa bin Imran, jenis ini sabit kepada Musa a.s di dalam al-Quran, juga sabit kepada Rasulullah di dalam peristiwa al-Isra’.

Wallahua’lam

rujukan : konsultasisyariah

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini